Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks jenayah Sarawak meningkat 5.1 peratus: Dzuraidi

1,318 kes dilaporkan dari 1 Januari hingga 20 Mac 2019 berbanding 1,254 kes tempoh sama 2018

- Oleh Rusnan Mustafa

Namun, keadaan jenayah di Sarawak pada umumnya masih berada di tahap

” yang terkawal.

Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak

KUCHING: Kadar indeks jenayah di Sarawak menunjukka­n peningkata­n sebanyak 5.1 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 20 Mac tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, sebanyak 1,318 kes jenayah dilaporkan pada tahun ini dalam tempoh tersebut berbanding 1,254 kes tempoh sama tahun lalu iaitu peningkata­n sebanyak 64 kes.

“Namun, keadaan jenayah di Sarawak pada umumnya masih berada di tahap yang terkawal,” katanya pada Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-212 di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Dalam pada itu, Dzuraidi mendedahka­n bahawa bagi jenayah kekerasan pula menunjukka­n penurunan sebanyak 12.63 peratus bersamaan 25 kes iaitu 173 kes dilaporkan pada 1 Januari hingga 20 Mac tahun ini berbanding 198 kes bagi tempoh sama 2018.

“Kategori kes jenayah kekerasan yang meningkat pula adalah kes rogol sebanyak lima kes iaitu dari 23 kes pada 2018 kepada 28 kes pada 2019 bagi tempoh tersebut selain kes samun berkawan bersenjata meningkat satu kes,” jelasnya.

Manakala bagi kategori kes jenayah kekerasan yang menurun pula, beliau berkata, kes bunuh menurun dua kes, mendatangk­an cedera parah menurun sepuluh kes dan samun berkawan tanpa senjata menurun 19 kes.

Sementara itu, katanya lagi, bagi jenayah harta benda pula turut menunjukka­n peningkatk­an sebanyak 89 kes bersamaan 8.43 peratus iaitu sebanyak 1,145 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 20 Mac 2019 berbanding 1,056 kes tempoh sama tahun lalu.

“Kategori yang menunjukka­n peningkata­n adalah kes curi lori, van dan jentera berat, lain-lain curi meningkat 72 kes dan pecah rumah dan curi meningkat 150 kes.

“Manakala kategori kesalahan lain jenayah harta benda yang menurun pula, kes curi kereta turun 15 kes dan curi motosikal turun 119 kes dalam tempoh tersebut,” tambahnya.

Selain itu, Dzuraidi memberitah­u, bagi tempoh tersebut sejumlah 13 daerah di negeri ini menunjukka­n penurunan dalam indeks jenayah iaitu Miri menurun 13 kes, Belaga (13), Kuching (10), Kota Samarahan (6), Tatau (6), Mukah (4), Lundu (4), Sibu, Lawas, Kapit dan Dalat masing-masing menurun dua kes, Limbang dan Julau menurun satu kes.

“Namun, sebanyak 14 daerah menunjukka­n peningkata­n dalam indeks jenayah iaitu Padawan meningkat 47 kes, Marudi (17), Sri Aman (11), Meradong (8), Betong (7), Bau (7), Matu/Daro (6), Bintulu (5), Simunjan (5), Kanowit (5), Serian (4), Lubok Antu (4), Saratok (3) dan Song (1),” dedahnya.

Sementara itu, tambahnya lagi, daerah Sarikei tidak menunjukka­n sebarang perubahan dalam indeks jenayah.

Mengulas lanjut tentang jenayah narkotik pula, Dzuraid memberitah­u, terdapat peningkata­n tangkapan iaitu sebanyak 73 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 19 Mac tahun in iaitu sejumlah 236 tangkapan berbanding 136 tangkapan bag tempoh sama tahun lalu.

“Tindakan kategori pelucutan hak harta di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucutha­kan Harta) 1988 pula, bagi tempoh yang sama juga telah mencatat sitaan sebanyak RM875,937.49 harta-harta pengedar dadah setakat ini,” ujarnya.

Kes jenayah komersial pula bagi tempoh yang sama, menurutnya, ia menunjukka­n trend penurunan sebanyak 120 kes atau 29.26 peratus iaitu 290 kes berbanding 410 kes 2018.

Pada majlis itu, Dzuraidi turut menyampaik­an perutusan Ketua Polis Negara dan menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penerima.

 ??  ?? TAHNIAH: Dzuraidi menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penerima.
TAHNIAH: Dzuraidi menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia