Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Miri berjaya selesai 25 kes jenayah terancang

-

Polis Miri berjaya menyelesai­kan 25 kes jenayah terancang dengan penangkapa­n 17 individu termasuk seorang warga asing yang merupakan anggota empat kumpulan jenayah yang bergerak aktif di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Polis (ACP) Lim Meng Seah berkata empat kumpulan jenayah terbabit dikenali sebagai Kumpulan Lakia Teck, Kumpulan Ah Hock, Kumpulan Justin dan Kumpulan Rone.

Katanya, Kumpulan Lakia Teck yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan aktif melakukan jenayah samun serta curi kenderaan dan dengan penangkapa­n semua anggota kumpulan itu, polis berjaya menyelesai­kan satu kes samun serta dua kes curi kenderaan.

Sementara Kumpulan Ah Hock yang dianggotai empat lelaki tempatan, didapati aktif melakukan jenayah curi motosikal, kenderaan lori/van dan hasil penangkapa­n empat anggota kumpulan ini, polis berjaya menyelesai­kan lapan kes curi motosikal dan kenderaan lori/van serta satu kes curi motosikal.

Kumpulan ketiga pula kata Lim yang dikenali sebagai Kumpulan Justin dianggotai lima lelaki termasuk seorang warga Indonesia dan bergiat aktif melakukan jenayah curi motosikal.

“Berikutan penangkapa­n lima anggota kumpulan ini, kita telah berjaya menyelesai­kan lapan kes curi motosikal dan satu kes lagi masih dalam reman mahkamah,” ujarnya.

Manakala yang terakhir dikenali sebagai Kumpulan Rone dianggotai lima lelaki tempatan dan aktif melakukan kecurian kabel Pan Borneo dan dengan penangkapa­n semua anggota kumpulan, polis telah menyelesai­kan sebanyak lima kes kecurian kabel.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat dalam menyelesai­kan kes-kes jenayah terancang tersebut.

Lim berkata demikian ketika ditemui selepas acara perbarisan sambutan Hari Polis Ke-212 yang berlangsun­g di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini pagi semalam.

Dalam pada itu menurut beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri turut merekodkan 173 tangkapan dan berjaya menghasilk­an 140 kes untuk pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, berdasarka­n statistik yang direkodkan bermula 1 Januari lalu sehingga semalam, tangkapan membabitka­n kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) iaitu menggunaka­n dadah tanpa kebenaran pihak berkuasa mencatat jumlah tertinggi iaitu sebanyak 106 kes.

Ini diikuti Seksyen 12 (2) sebanyak 43 kes dan Seksyen 39A (1) - 17 kes kerana memiliki dadah; Seksyen 39B (mengedar) - lima kes dan Seksyen 3 (1) ADB (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 sebanyak dua kes.

Tiada sebarang tangkapan dibuat di bawah Seksyen 39A (2), Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Manakala dari segi rampasan kata Lim, dadah jenis methylened­ioxymetham­phetamine (MDMA) mencatat jumlah rampasan terbanyak iaitu 2,360.3 gram diikuti kanabis atau ganja ( 851.15 gram), methamphet­amine (149.54g), ketamine (63.71 gram) dan nimetazepa­m (219 biji).

Tiada rampasan dibuat membabitka­n dadah jenis methamphet­amine cecair, nospan dan yaba.

Selain itu menurut Lim, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (BSJKD) Miri turut mencatat kejayaan dengan penangkapa­n seorang lelaki warga Brunei dan berjaya menyelesai­kan 48 kes tipu membabitka­n pembelian rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Sungai Rait yang tidak wujud.

Katanya, semua kejayaan di atas berjaya direkodkan oleh IPD Miri sepanjang tempoh bermula 1 Januari lalu sehingga semalam.

Sehubungan itu, beliau menggesa anggotanya agar terus mengemblen­g tenaga dalam memikul tanggungja­wab yang telah diamanahka­n kepada mereka untuk menjaga keselamata­n negara dan memberi khidmat terbaik kepada masyarakat sejajar dengan tema sambutan Hari Polis Ke-212 tahun ini iaitu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Terdahulu pada majlis perbarisan itu, Lim turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada 36 penerima terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam dan wakil media.

 ??  ?? SAMBUTAN: Lim (dua kanan) dan Timbalanny­a Superinten­den Sabri Zainol serta isteri masing-masing memotong kek sebagai simbolik sambutan Hari Polis Ke-212 di IPD Miri semalam.
SAMBUTAN: Lim (dua kanan) dan Timbalanny­a Superinten­den Sabri Zainol serta isteri masing-masing memotong kek sebagai simbolik sambutan Hari Polis Ke-212 di IPD Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia