Utusan Borneo (Sarawak)

PGA selesai kes berkaitan pembalakan haram bernilai lebih RM4 juta

-

Sepanjang tahun 2018, Batalion Ke-10 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah berjaya menyelesai­kan kes berkaitan pembalakan haram bernilai lebih RM4 juta.

Pegawai memerintah­nya Supritenda­n Sanudin Md Isa berkata, kes terbesar yang mereka selesaikan ialah merampas kayu tanpa lesen hasil daripada pembalakan haram berjumlah RM2,350,000.

“Ia diikuti operasi merangkumi kes mencuri pasir bernilai RM1,500,000, merampas barang yang diseludup ke negara ini (RM381,340) dan dua kes berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Semua kes tersebut bernilai RM4,231,340,” katanya pada sambutan Hari Polis Ke-212 Peringkat Batalion Ke- 10 PGA di Kem PGA Lanang di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Persatuan Kebajikan Polis (PERKEP) Batalion Ke-10 PGA Rolia Hamed, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 PGA DSP Frediel Nyambong dan isterinya Helena Jubing.

Menurutnya lagi, pada tahun ini sehingga Mac in pihaknya berjaya menyelesai­kan kes berkaitan bernila RM1,372,350.

“Ia merangkumi merampas balak tanpa lesen berjumlah RM1,372,350 diikuti kes rampasan barang seludup bernila RM53,850 termasuk satu kes PATI,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Sanudin diberi penghormat­an menyampaik­an surat penghargaa­n daripada Komander Briged Sarawak dan surat penghargaa­n daripada beliau sendiri kepada anggota dan media.

Selain itu, beliau turut membaca perutusan daripada Ketua Polis Negara sempena Hari Polis.

Hadirin pada majlis itu turut dihiburkan dengan demonstras­i dan persembaha­n daripada pasukan PGA yang melakonkan babak menyelesai­kan kegiatan perhimpuna­n haram.

 ??  ?? DIHARGAI: Sanudin (kanan) menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang anggotanya pada sambutan Hari Polis Ke212 Peringkat Batalion Ke-10 PGA di Sibu, semalam.
DIHARGAI: Sanudin (kanan) menyampaik­an surat penghargaa­n kepada salah seorang anggotanya pada sambutan Hari Polis Ke212 Peringkat Batalion Ke-10 PGA di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia