Utusan Borneo (Sarawak)

BJF diadakan seminggu selepas RWMF pada Julai

-

Festival Borneo Jazz (BJF) tahun ini akan diadakan pada Julai iaitu seminggu selepas penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di Kuching.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, pemilihan tarikh itu seiring dengan sambutan bulan Festival Muzik dan musim puncak pelancong datang ke Sarawak.

BJF akan diadakan pada 19 hingga 21 Julai di Coco Cabana iaitu seminggu selepas RWMF di Kampung Budaya Sarawak pada 12 hingga 14 Julai.

“Setelah ke Rainforest, mereka boleh beberapa hari di Mulu dan seterusnya ke Miri untuk Borneo Jazz. “Mereka boleh berada terus di Sarawak sekurang-kurangnya seminggu untuk melawat tempat lain.

“Inilah rasionalny­a kita adakan festival ini pada Julai,” jelas Lee kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur BJF 2019 di Kompleks Islam Sarawak (KIS) Miri petang semalam.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata, acara tahunan kali ke-14 itu akan dikendalik­an berskala besar dengan sasaran pengunjung seramai 4,000 orang.

Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) akan turut menyediaka­n kanopi untuk gerai makanan, kraf tangan dan produk tempatan memeriahka­n suasana.

BJF menjemput pemuzik jazz dari Jepun, Itali, Belanda dan Amerika Syarikat selain menampilka­n kumpulan dan artis jazz tempatan. Tiket BJF akan mula dijual pada bulan depan.

Dalam pada itu, sebanyak RM11,000 hadiah ditawarkan kepada pemenang pertanding­an pencarian bakat Borneo Jazz Talent Search dan DJ Talent Search.

Pertanding­an hanya terbuka kepada pemuzik dari Kepulauan Borneo iaitu Sarawak Sabah, Kalimantan dan Brune Darussalam.

Uji bakat di Miri akan diadakan pada 30 April sementara di Kuching pada 1 Mei.

Hadir sama semalam, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor Pengarah Acara dan Hubungan Korporat STB Angelina Bateman, Residen Miri Mastapha Julaihi dan pemilik No Black Tie Presents Evelyn Hi yang merupakan penganjur acara Borneo Jazz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia