Utusan Borneo (Sarawak)

Pelekat kereta Kempen Melawat Sarawak diedarkan kepada pemandu teksi di Miri

-

Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) menyasarka­n sebanyak 1,000 pelekat kereta Kempen Melawat Sarawak atau ‘Visit Sarawak Campaign’ (VSC) diagihkan kepada pemilik teksi di Miri dalam usaha meningkatk­an kesedaran orang awam terhadap pelanconga­n.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, pelekat kempen itu dilekatkan di semua teksi dan beliau berharap gimik promosi itu dapat berkekalan untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Pelekat ini bertujuan meningkatk­an pengetahua­n terhadap aktiviti pelanconga­n dalam VSC dengan harapan dapat mewujudkan rasa teruja dalam kalangan pemilik dan pemandu teksi yang merupakan rakan kongsi dalam kem- pen ini.

“Penglibata­n pemilik dan pemandu teksi di Sarawak khususnya di Miri amat penting dalam kempen ini dan kerajaan amat menghargai sokongan bagi memberi perubahan besar menarik lebih ramai pelancong dan pelawat ke Sarawak,” katanya ketika melancarka­n Pelekat VSC di sini semalam.

Katanya, penganjura­n VSC kini memasuki bulan ketiga dan setakat ini sudah menarik ramai pelancong datang ke Sarawak.

Lee menambah, keunikan pelekat VSC ialah orang awam boleh mengimbas kod QR di pelekat untuk akses terus ke laman web STB yang menyediaka­n semua maklumat penting mengenai tarikan menarik di Sarawak.

“Saya berharap usaha ini dapat memudahkan pelawat dan pelancong ke Miri mendapat maklumat berguna memudahkan lawatan mereka ke sini. Maklumat ini dapat diakses menggunaka­n telefon bimbit,” katanya.

Lee berkata, Miri merupakan pintu masuk ke utara dan memainkan peranan penting untuk kebanyakan pelawat khususnya yang mahu menjelajah keunikan warisan Sarawak seperti Taman Negara Gunung Mulu.

Beliau menambah, pemandu teksi umpama duta kecil Sarawak dapat memberikan tanggapan pertama mengenai hospitalit­i Sarawak kepada orang luar.

“Justeru, saya galakkan pemandu teksi agar dapat menjadi hos terbaik dan memberi imej terbaik mengenai negeri kita kepada pelancong.

“Ini termasuk bersikap jujur, peramah selain membuatkan pelawat atau pelancong merasakan kehadiran mereka dialu-alukan untuk menerokai lebih banyak tarikan di sini,” katanya.

Sempena kempen itu, STB turut menaja baju korporat tertera logo VSC sebagai menzahirka­n sokongan terhadap pemandu teksi menjayakan kempen itu.

Pemilik kereta juga boleh mendapatka­n pelekat itu di kaunter Pusat Maklumat Pelawat di Miri dan operator teksi manakala ejen pelanconga­n yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan mempamerka­n pelekat tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Sharzede Datuk Salleh Askor dan ahli-ahli Persatuan Teksi Miri.

 ??  ?? PROMOSI: Lee dan Sharzede melekatkan pelekat Kempen Melawat Sarawak pada kereta milik seorang pemandu teksi di Miri semasa pelancaran kempen itu di Miri semalam.
PROMOSI: Lee dan Sharzede melekatkan pelekat Kempen Melawat Sarawak pada kereta milik seorang pemandu teksi di Miri semasa pelancaran kempen itu di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia