Utusan Borneo (Sarawak)

KPM digesa hapus sistem kelas gabungan 80 pelajar sertai Program Eksplorasi Perpaduan

Ia jejas kualiti pendidikan di sekolah Cina luar bandar, sekolah rendah Cina kebangsaan

- Oleh Watt Zacchaeus

S I B U : K e m e n t e r i a n Pendidikan Malaysia (KPM) digesa mengambil tindakan segera menghapusk­an sistem kelas gabungan (kelas bercantum) di sekolahsek­olah Cina luar bandar serta sekolah rendah Cina kebangsaan kerana ia akan menjejaska­n kualiti pendidikan.

Ia merupakan salah satu daripada tiga konsensus Biro Pendidikan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) dan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Bersatu Sarawak (SUCSBM) selepas perbincang­an ketika sesi dialog di sini, kelmarin (Ahad).

Pengerusi Biro Pendidikan SUPP Datuk Ding Kuong Hiing semasa sidang akhbar selepas sesi dialog itu berkata, pihaknya berpendapa­t KPM tidak boleh melaksanak­an sistem kelas gabungan menggunaka­n defisit anggaran ( bilangan murid) sebagai alasan.

Di bawah sistem ini, muridmurid di luar bandar adalah mangsa terbesar kerana mereka tidak mendapat persekitar­an pembelajar­an sepatutnya layak dinikmati dan mereka seolah-olah tidak menerima pengiktira­fan sebagai murid.

Jelasnya, selain itu suasana pengajaran kelas gabungan juga menjadikan guru sukar mengajar dengan cekap.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong itu berkata, mereka dimaklumka­n sebab pelaksanaa­n kelas gabungan itu oleh KPM adalah untuk mengurangk­an kos.

Bagaimanap­un, dalam Belanjawan 2019, KPM diperuntuk­kan sejumlah RM60.8 bilion iaitu 19 peratus daripada jumlah bajet untuk perbelanja­an itu.

“Kami berasa ragu berapa banyak pelaksanaa­n kelas gabungan menyelamat­kan bajet. KPM mesti memaklumka­n kepada orang ramai dan perlu menjadi telus ke atas jumlah penjimatan dicapai dengan pelaksanaa­n sistem kelas gabungan di sekolah rendah Cina luar bandar dan sekolah rendah Cina kebangsaan.

“Kebimbanga­n besar ialah bilangan sekolah rendah Cina akan dikurangka­n dan sebaik lesen sekolah rendah Cina dibatalkan menimbulka­n ‘ bencana’ terhadap sistem pendidikan Cina di Malaysia,” katanya.

Mengenai peraturan baharu diperkenal­kan Badan Kelayakan Profesiona­l Malaysia (LPQB) yang sangat mendiskrim­inasi terhadap pemegang Sijil Peperiksaa­n Bersepadu ( UEC), beliau berkata LPQB tahun lalu secara senyap- senyap meluluskan peraturan baharu walaupun pemegang UEC memperoleh­i ijazah undangunda­ng diiktiraf, namun jika mereka mahu memohon Sijil Amalan Undang- Undang (CLP) kelayakan UEC sahaja tidak mencukupi.

Sebaliknya, mereka kini perlu mempunyai sekurangku­rangnya dua subjek sama ada di peringkat ‘A Level’ atau STPM.

“Pada 26 Oktober tahun lalu, LPQB mengeluark­an keputusan lain yang turut mengiktira­f beberapa diploma setaraf untuk memohon kemasukan ke CLP.

“Sebaik notis dikeluarka­n, beliau menegaskan pada 5 Jun tahun lalu dan 26 Oktober tahun lalu dengan jelas mengecuali­kan UEC oleh LPQB,” jelasnya.

Menurutnya, ibu bapa pemegang UEC tidak berpuas hati kerana peraturan baharu LPQB menyebabka­n anakanak mereka mengalami kesulitan dan mewujudkan masalah kewangan bagi ibu bapa.

Beliau berkata, jika pemegang UEC kini mahu menjadi seorang peguam di Malaysia, mereka perlu menduduki peperiksaa­n ‘English Bar’ selepas tamat pengajian.

“Disebabkan Ringgit Malaysia tidak stabil, yuran tuisyen dan penginapan bagi peperiksaa­n English Bar menelan kos kira- kira RM200,000 setahun,” katanya sambil menambah, dengan kemeleseta­n ekonomi beberapa keluarga sahaja mampu.

Beliau berkata, pilihan kedua adalah menduduki sekali lagi peringkat ‘A Level’ atau STPM selepas memperoleh ijazah undang-undang diiktiraf.

Dalam kata lain, keputusan baharu ini jelas tidak mengiktira­f UEC. Ini kerana sejak penubuhan CLP pada 1984, UEC tidak menjadi masalah untuk memohon CLP.

“Sistem pemeriksaa­n menyertai persatuan profesiona­l

Kami berasa ragu berapa banyak pelaksanaa­n kelas gabungan menyelamat­kan bajet. KPM mesti memaklumka­n kepada orang ramai dan perlu menjadi telus ke atas jumlah penjimatan dicapai dengan pelaksanaa­n sistem kelas gabungan di sekolah rendah Cina luar bandar dan sekolah rendah Cina kebangsaan.

seperti doktor, doktor gigi, akauntan, kejurutera­an dan undang- undang di dunia adalah berdasarka­n ijazah sarjana muda.

“Tiada siapa memberi perhatian kepada keputusan sekolah menengah kerana keputusan sekolah menengah diguna pakai oleh universiti sebagai syarat kemasukan,” katanya.

Justeru, pengerusi baharu LPQB Tommy Thomas dirayu mengadakan mesyuarat tergempar LPQB bagi menghapusk­an keputusan tidak adil dan tidak munasabah terhadap pemegang UEC.

“Kami juga merayu kepada Persatuan Peguam Bela Sarawak, Persatuan Undang-undang Sabah dan Majlis Peguam Malaysia menyuaraka­n kepentinga­n besar ketidakadi­lan ini terhadap pemegang- pemegang UEC dan me-ngadakan mesyuarat tergempar membincang­kan kesan- kesan serius dan implikasi tidak adil disyaratka­n dalam peraturan baharu LPQB.

“Kerajaan Pakatan Harapan ( PH) dalam janji ke- 50 di Buku Harapan jelas adalah: PH mengiktura­f UEC sehingga pelajar UEC dapat mengajukan permohonan masuk ke universiti nasional berdasarka­n hasil UEC yang mana pemohon UEC hanya memerlukan kredit Bahasa Melayu dalam SPM.

“Kerajaan PH sepatutnya memenuhi janji-janjinya dan tidak menggunaka­n alasan tidak relevan untuk tidak mengiktira­f UEC,” tegas Ding.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Gabungan Pengurusan Sekolah-sekolah Menengah dan Persendiri­an Cina Sarawak Temenggung Datuk Vincent Lau, Penasihat Biro Pendidikan SUP Datuk Teng Lung Chii dan Pengerusi SUCSBM Datuk Pau Chiong Ung.

Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, SMK Simanggang, SMK St Luke dan SMK Melugu menyertai Program Eksplorasi Perpaduan di sini.

Program sehari anjuran Jabatan Perpaduan Bahagian Sri Aman itu bertujuan menerapkan nilai- nilai kepimpinan pelajar sekolah agar mempunyai kepimpinan mantap dan berkesan.

Jurucakap penganjur berkata, ia juga untuk memperting­katkan kesedaran dan pema- haman terhadap kepentinga­n Rukun Negara serta menyema semangat setia kawan dan kerjasama berpasukan.

Katanya, program in melibatkan lima prinsip Rukun Negara yang dijalankan secara perlumbaan eksplorasi.

Ia dirasmikan Ketua Unit Bahagian Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman Farhana Abdullah.

Hadir sama Pegawa Perpaduan Bahagian Sri Aman Ahmad Noor Kamal Abdu Malek.

Datuk Ding Kuong Hiing Pengerusi Biro Pendidikan SUPP

 ??  ?? TUNTUT JANJI: (Dari lima kiri) Lau, Pau, Ding, Teng serta yang lain pada sidang media di Sibu, petang kelmarin.
TUNTUT JANJI: (Dari lima kiri) Lau, Pau, Ding, Teng serta yang lain pada sidang media di Sibu, petang kelmarin.
 ??  ?? EKSPLORASI: Farhana (tengah), Ahmad Kamal serta yang lain bersama peserta program.
EKSPLORASI: Farhana (tengah), Ahmad Kamal serta yang lain bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia