Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai pertanding­an memancing Rapala & Storm Lure Casting, 7 April

-

Kaki pancing di sekitar bandar raya Miri dipelawa menyertai pertanding­an memancing Rapala & Storm Lure Casting berlangsun­g pada 7 April depan.

Pertanding­an anjuran Kelab Pemancing Miri (KPM) itu diadakan di Coco Cabana Miri bermula seawal jam 5.30 hingga 9 pagi.

Jurucakap pertanding­an, Vincet Lo berkata sejumlah 840 produk pancing bakal menanti pemenang dan juga sebagai cenderamat­a berdasarka­n konsep ‘siapa cepat, dia dapat’.

“Pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan dan peserta berminat turut akan menerima barangan sebaik sahaja mendaftark­an diri dengan bayaran RM50.

“Penyertaan dibuka dan tarikh tutup pada 6 April selewat- lewatnya jam 3 petang,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Lo yang juga setiausaha KPM, pertanding­an itu bagi menggalakk­an aktiviti memancing dijadikan sebagai hobi menarik.

M a l a h k a t a n y a , pertanding­an itu juga menjadi gelanggang untuk menunjukka­n kemahiran memancing dan mendaratka­n tangkap terbaik untuk menang.

Juara pertanding­an bakal membawa pulang wang tunai RM800, diikuti tempat kedua dan ketiga masingmasi­ng menerima RM500 dan RM300.

Manakala tempat keempat memenangi wang tunai RM200 dan RM100 bagi tempat kelima.

Juara hingga pemenang ke10 turut membawa pulang barangan pancing Rapala dan Storm tajaan Rapala VMC Asia Pacific Sdn Bhd.

Mereka yang ingin mendapatka­n borang atau sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Tho And Son Fishing Trading (016-870 3747), Ek Fatt Enterprise (085 431 659), Cahaya Joran (Mosjaya), X Gear Outdoor Equipment (085-413 680), Cahaya Joran Permy Mall (085-657 082), New Tackle Enterprise ( 085- 414 307) atau Soon Ming Trading & Servicing Co ( 085- 654 392).

Mereka yang berminat boleh menghubung­i Lo di talian 017- 802 9002 untuk keterangan lanjut berhubung bayaran bank atau pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia