Utusan Borneo (Sarawak)

KGBS sambut baik sekolah menyediaka­n bilik khas

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak ( KGBS) menyambut baik saranan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meminta sekolah-sekolah di negara ini menyediaka­n bilik khas untuk guru berehat daripada tekanan kerja.

Presidenya Ahmad Malie berkata KGBS menyifatka­n saranan tersebut sebagai menyediaka­n persekitar­an kerja lebih ceria dan santai.

Beliau berkata, KGBS percaya langkah dicadangka­n itu akan meningkatk­an produktivi­ti guru melaksanak­an proses pengajaran dan pembelajar­an dalam kelas.

“Dalam hal ini, KGBS berharap Maszlee serius dengan cadanganny­a itu supaya dapat direalisas­ikan segera.

“Ketika ini, guru hanya berehat di bilik guru, kebanyakan­nya kurang kondusif untuk bekerja atau berehat seperti kita semua sedar kebanyakan meja guru di bilik guru ‘sesak’ dengan kertas kerja serta buku latihan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas c a d a n g a n M a s z l e e menghendak­i sekolah-sekolah menyediaka­n bilik khas untuk guru berehat.

Maszlee dilaporkan berkata bilik guru sekarang lebih digunakan untuk mereka memberi tumpuan kepada kerja.

Menurut Maszlee, bilik khas itu merupakan sebahagian daripada aspirasi Kementeria­n Pendidikan mewujudkan persekitar­an ‘cinta, bahagia dan rasa hormat’.

“Ini penting kerana secara psikologi, guru merupakan manusia dan memerlukan ruang untuk berehat.

“Saya menggalakk­an sektor swasta, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG), NGO atau alumni menyumbang kepada pihak sekolah untuk membantu membina bilik khas,” ujar beliau.

Sementara iu, Ahmad m e n e g a s k a n b a h a w a penyediaan bilik rehat untuk guru- guru adalah selaras dengan keadaan dan keperluan seperti diamalkan sekolahsek­olah di luar negara.

“Sebagai contoh, saya mewakili KGBS mengikuti lawatan kerja Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong ke Finland.

“Semasa melawat beberapa sekolah di sana, kami dibawa dan ditunjukka­n ruang istirehat guru di mana guru boleh berehat dan bersembang mesra antara satu sama lain selain menikmati minuman dan makanan disediakan,” katanya.

Katanya, berdasarka­n pengalaman ini KGBS sangat menyokong saranan serta cadangan menyediaka­n bilik khas untuk guru.

 ??  ?? JOM SERTAI ATM: Ling (tengah) pada sidang media semalam.
JOM SERTAI ATM: Ling (tengah) pada sidang media semalam.
 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia