Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Pertahanan digesa tarik lebih ramai kaum Cina sertai tentera

-

Kementeria­n Pertahanan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) digesa memainkan peranan menarik lebih ramai anak watan Sarawak khususnya kaum Cina menyertai ketenteraa­n.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS) Thomas Ling berkata penglibata­n kaum Cina dalam bidang ketenteraa­n khususnya golongan belia masih rendah.

Justeru, jawatan Timbalan Menteri Pertahanan kini dipegang seorang pemimpin Cina, Liew Chin Tong diharap dapat menaikkan semangat anak-anak muda Cina menyertai bidang ketenteraa­n.

“Saya berharap jumlah bertambah pada masa akan datang agar lebih ramai pegawai tentera kalangan kaum Cina dapat dilahirkan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Ling mempelawa anak-anak Sarawak khususnya lepasan SPM memohon m e m a s u k i U n i v e r s i t i Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM) sebagai Pegawai Kadet (PK).

Katanya, calon terpilih melanjutka­n pengajian dan menjalani latihan ketenteraa­n di UPNM di bawah tajaan Kementeria­n Pertahanan Malaysia (KPM).

“Calon-calon terpilih amat beruntung kerana yuran pengajian serta kemudahank­emudahan lain seperti makanan, penginapan, buku, pakaian dan latihan ketenteraa­n adalah ditanggung sepenuhnya oleh KPM.

“Pegawai Kadet UPNM akan berkhidmat dengan Tentera DaratMalay­sia(TDM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) setelah menamatkan pengajian,” katanya.

Thomas memberitah­u, kerjaya sebagai anggota tentera bukan sahaja membantu membina sahsiah serta mendisipli­nkan diri malah merupakan satu profesion menjamin masa depan.

Calon-calon berminat boleh memohon melalui Unit Pusat Universiti dengan mendaftar melalui laman sesawang upu. mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan pada 2 April depan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 0320714524/ 03- 20714526/ 0320712391.

Pertanyaan lanjut boleh dimajukan kepada Thomas Ling di talian 013-8017056 atau datang terus ke pejabat PVTMS di No. 43, Tingkat 3, Jalan Tuanku Osman, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia