Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport babi meningkat RM415 juta pada 2030

Sarawak pada tahun lepas mengekspor­t 40,000 babi hidup bernilai RM45 juta ke Singapura

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Sarawak pada tahun lepas mengekspor­t 40,000 babi hidup bernilai RM45 juta ke Singapura.

Nilai eksport ini dijangka meningkat kepada RM415 juta menjelang 2030, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di sini semalam.

Beliau ditemurama­h oleh wartawan televisyen daripada konglomera­t media terbesar Singapura, Mediacorp Pte. Ltd, di pejabatnya di sini semalam.

Uggah berkata kini Sarawak telah menjadi perintis Kawasan Penternaka­n Babi (PFA) di Pasir Putih berhampira­n Simunjan.

“Kami telah memindahka­n sekitar 66 ladang babi komersial individu ke kawasan itu

Kami telah memindahka­n sekitar 66 ladang babi komersial individu ke kawasan ” itu pada 2016.

Datuk Amar Douglas Uggah Timbalan Ketua Menteri

pada 2016.

“Ladang berkenaan adalah ladang yang sangat moden di mana sistem biokeselam­atan dan sistem pengurusan sisa yang ketat diguna pakai pada masa kini,” kata Uggah yang juga merupakan Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Di samping itu, katanya terdapat keperluan pensijilan MyGap untuk ladang dan HACCP dan VHM (Veterinari Health Mark) untuk rumah penyembeli­han.

Beliau menambah, kerajaan berharap dapat melaksana PFA ini di wilayah tengah dan utara Sarawak.

Beliau berkata terdapat 33 ladang babi di kedua-dua kawasan tersebut.

Uggah turut menyatakan bahawa Singapura membenarka­n import babi hidup dari Sarawak kerana Singapura adalah antara beberapa negara di rantau ini yang bebas daripada penyakit kaki dan mulut.

 ??  ?? KHATAN: Anak-anak tentera yang menyertai majlis berkhatan perdana semalam merakam kenangan bersama Zamrose dan yang lain.
KHATAN: Anak-anak tentera yang menyertai majlis berkhatan perdana semalam merakam kenangan bersama Zamrose dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia