Utusan Borneo (Sarawak)

50 anak anggota tentera sertai Majlis Berkhatan Perdana

-

Majlis Berkhatan Perdana diadakan semalam di Dewan Bukavu, Kem Penrissen sempena ulang tahun kelima Pemerintah­an Medan Timur Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Majlis tersebut telah dihadiri Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain yang seterusnya melakukan simbolik perasmian dengan semburan air sebagai gimik.

Pada sidang media selepas majlis tersebut, Zamrose berkata majlis ini diadakan buat pertama kalinya untuk anakanak anggota sempena cuti sekolah pertengaha­n tahun yang bermula 22 hingga 30 Mac.

“Dengan bantuan sejumlah kecil dana oleh tabung zakat ATM, kami dapat kumpulkan 50 kanak-kanak untuk terlibat dalam majlis berkhatan ini secara percuma,” katanya.

Tambah Zamrose, ulang tahun Pemerintah­an Medan Timur diadakan pada 31 Mac setiap tahun dan pada tahun ini ia bermula dengan majlis berkhatan diikuti tahlil, solat Jumaat, perarakan dan jamuan malam rejimen.

Majlis semalam bermula seawal jam 7 pagi melibatkan 50 kanak- kanak berumur antara 7 hingga 13 tahun.

Tujuannya adalah menyediaka­n khidmat khatan kepada anak-anak tentera secara percuma yang disediakan Perkhidmat­an Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT).

Majlis ini antara lain untuk membuktika­n bahawa ATM menawarkan perkhidmat­an perubatan terbaik kepada keluarga tentera selari dengan matlamat kesihatan ATM.

Selain daripada itu, majlis tersebut juga sebagai peluang untuk anak-anak tentera merasai keseronoka­n berkhatan beramai-ramai seperti masa dahulu.

 ??  ?? RASMI: Zamrose menyembur air sebagai simboli perasmian Majlis Berkhatan Perdana di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.
RASMI: Zamrose menyembur air sebagai simboli perasmian Majlis Berkhatan Perdana di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia