Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan organisasi tandatanga­ni MoU dengan JAS Sarawak

-

Sembilanor­ganisasi menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak bagi menangani isu-isu alam sekitar di Sarawak.

Organisasi- organisasi itu ialah Institut Latihan Industri Kota Samarahan, PPKS Ilmu Sdn Bhd, Sarawak Energy Berhad (SEB), Petronas Carigali Sdn Bhd, Sarawak Shell Berhad, Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd, ASEAN Bintulu Fertiliser Sdn Bhd, Sejingkat Power Cor- poration Sdn Bhd dan X-Fab Sarawak Sdn Bhd.

Wakil setiap organisasi berkenaan menandatan­gani MoU dengan Pemangku Pengarah JAS Sarawak Amirul Aripin dalam satu majlis yang disaksikan Ketua Pengarah JAS Datuk Dr Ahmad Kamarulnaj­uib Che Ibrahim di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Kamarulnaj­uib berkata MoU itu berperanan memperkuku­hkan lagi rakan kongsi strategik dan pintar dalam kalangan sektor swasta, agensi dan jabatan lain.

Beliau berkata sembila rakan kongsi baharu itu akan bekerjasam­a dengan JAS melaksanak­an program pemulihara­an alam sekitar di negeri ini khasnya.

“Dengan penglibata­n semua pihak, kita dapat memperting­katkan lagi kesedaran awam tentang perlu dan pentingnya melindungi alam sekitar kita khususnya di Sarawak,” katanya.

Kamarulnaj­uib berkata antara aktiviti bakal diadakan ialah Hari Bumi pada 22 April depan, Hari Sains Negara (27 April) dan Hari Alam Sekitar Negara (21 Oktober).

Beliau menambah, sembilan organisasi itu akan menggalas tanggungja­wab menganjurk­an aktiviti-aktiviti berkenaan.

“Kita boleh menganjurk­an aktiviti-aktiviti ini lebih sistematik yang boleh memberi lebih banyak impak kepada masyarakat khasnya di Sarawak,” katanya.

Menurutnya, kerjasama strategik itu dijangka terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijadualka­n tahun ini.

“Mereka akan mempunyai sasaran sendiri dan JAS tidak perlu terlibat dalam aktivitiak­tiviti ini. Sebab itulah kita ada kerjasama dengan sektor swasta dan agensi lain,” katanya.

Tambahnya antara peranan mereka ialah memudahkan JAS menganjurk­an aktivitiak­tiviti kesedaran pemulihara­an alam sekitar.

Terdahulu dalam ucapannya, Kamarulnaj­uib berkata antara program telah dilaksanak­an di Sarawak ialah Larian Alam Sekitar dan Program Aerobaton dengan kerjasama SEB, F&N Beverages Manufactur­ing Sdn Bhd, Central Cold Storage Kuching Sdn Bhd, Nestle Manufactur­ing (M) Sdn Bhd dan Mydin Petra Jaya pada tahun lalu.

Bagi Hari Alam Sekitar Negara tahun ini, beliau berkata JAS Sarawak akan menganjurk­an pelbagai program dan aktiviti melibatkan komunit dalam usaha memelihara alam sekitar.

“Saya berharap lebih ramai sedar kepentinga­n pemelihara­an alam sekitar dan sistem penyampaia­n kerajaan diperkukuh­kan lagi untuk mencapai situasi ‘menang-menang untuk semua,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia