Utusan Borneo (Sarawak)

Pencemaran Sungai Kim Kim: Dua pengarah didakwa lagi

Kedua-dua OKS mengaku tidak bersalah atas 15 pertuduhan baharu

-

JOHOR BAHRU: Dua pengarah sebuah syarikat pemprosesa­n tayar terpakai yang semalam didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, sekali lagi dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, masing- masing atas 15 pertuduhan baharu.

Pertuduhan berkenaan membabitka­n tujuh kesalahan bersabit pembuangan terjadual dan lapan melibatkan kesalahan pencemaran udara bersih pada awal bulan ini.

Wang Jing Chao, 34, warga Singapura dan Yap Yoke Liang, 36, selaku Orang Kena Saman ( OKS) bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Mengikut pertuduhan melibatkan pembuangan terjadual itu, Wang dan Yap didakwa gagal membuat pemberitah­uan tentang buangan terjadual yang dihasilkan dalam masa 30 hari dari tarikh pengeluara­n buangan terjadual seperti ditetapkan di bawah Peraturan 3( 1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Kedua- duanya dituduh melakukan perbuatan itu pada 11 Mac kira-kira 12.25 tengah hari di P Tech Resources Sdn Bhd di PLO 113, Jalan Nibong 2, Kawasan Perindustr­ian Tanjung Langsat, Pasir Gudang dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan melibatkan pencemaran udara bersih pula, Wang didakwa gagal menjalanka­n pemantauan berkala di bawah peraturan sama manakala Yap pula dituduh gagal menyelengg­ara rekod bagi proses pengilanga­n dan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran udara, sebagaiman­a ditentukan peraturan tersebut.

Kesalahan itu turut dilakukan kedua- duanya di tempat, masa dan tarikh yang sama. Oleh itu, kedua-duanya boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula dan membenarka­n setiap tertuduh dijamin RM15,000 seorang bagi setiap pertuduhan melibatkan pembuangan terjadual dan RM3,000 seorang bagi setiap pertuduhan melibatkan pencemaran udara bersih.

Mahkamah turut mengarahka­n Wang dan Yap diikat jamin dengan seorang penjamin namun penjamin Wang haruslah warga Malaysia dan perlu melaporkan diri ke Balai Polis Pasir Gudang setiap 1 haribulan sehingga kes saman itu, selesai.

Proses pendakwaan hari ini dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraf Md Kamal manakala Wang dan Yap diwakili peguam G. Subramania­m Nair.

Sementara itu, pada prosiding yang sama, pendakwaan turut mengemukak­an 15 pertuduhan sama ke atas kilang iaitu P Tech Resources Sdn Bhd.

Wang dan Yap yang menjadi wakil syarikat itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Kelmarin, Wang dan Yap didakwa atas satu pertuduhan melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lepas di mahkamah sama.

Bagaimanap­un, mereka mengaku tidak bersalah atas dan Yap dibenarkan diikat jamin sebanyak RM250,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah manakala Wang yang merupakan warga Singapura, tidak ditawarkan jaminan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIADILI: Wang (belakang) dan Yap (depan) yang kelmarin didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sekali lagi dituduh di Mahkamah Sesyen masing-masing atas 15 pertuduhan baharu.
— Gambar Bernama DIADILI: Wang (belakang) dan Yap (depan) yang kelmarin didakwa melupuskan buangan terjadual ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sekali lagi dituduh di Mahkamah Sesyen masing-masing atas 15 pertuduhan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia