Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki toreh muka bekas kekasih dipenjara 10 tahun

-

Seorang lelaki warga Bangladesh yang dituduh menoreh muka bekas kekasihnya bulan lepas, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhka­n hukuman itu setelah Saidol Islam, 22, mengekalka­n pengakuan bersalahny­a selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah memerintah­kan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 7 Feb lepas.

Saidol Islam didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan kepada Nur Zawati Zainal Abidin, 24, dengan mencederak­an muka mangsa menggunaka­n pisau di Tropicana City Mall pada 6.30 petang, 7 Februari lepas. Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzama­n memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal terhadap tertuduh mengambil kira faktor kejadian itu mengakibat­kan mangsa mengalami parut kekal pada wajahnya.

Bagaimanap­un, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Saidol Islam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga di negara asalnya.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh pernah menjadi teman lelaki mangsa namun wanita itu terpaksa memutuskan hubungan itu kerana tidak tahan dengan sikapnya yang panas baran malah sering memukulnya.

Ketika kejadian, Saidol Islam telah mengekori mangsa dan bertindak mengeluark­an pisau berukuran sembilan inci sebelum mengelar muka wanita itu.

Dia kemudian melarikan diri dan mangsa yang kesakitan menghubung­i rakannya bagi mendapatka­n bantuan sebelum dibawa ke Hospital KPJ Damansara dan dipindahka­n ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat pendarahan teruk.

Akibat kejadian itu, mangsa yang masih lagi dirawat sehingga kini menerima 50 jahitan akibat koyakan pada pipi kanan sehingga kiri muka melalui atas bibir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia