Utusan Borneo (Sarawak)

Hina mahkamah: Tiga minggu untuk Shafee fail permohonan ketepi kebenaran

-

Mahkamah Tinggi semalam memberikan tempoh tiga minggu kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memfailkan permohonan mengetepik­an kebenaran prosiding komital terhadapny­a berhubung kenyataan media yang dibuat peguam itu mengenai kes Datuk seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril turut menetapkan 23 Mei ini untuk mendengar permohonan tersebut dan mengarahka­n Muhammad Shafee hadir di mahkamah pada hari berkenaan.

Perkara itu diputuskan beliau semasa pengurusan kes di sini.

Terdahulu, peguam Dav- id Thomas Mathews yang mewakili Muhammad Shafee memaklumka­n mahkamah bahawa anak guamnya berhasrat memfailkan permohonan untuk mengetepik­an kebenaran Mahkamah Tinggi kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Muhammad Shafee.

Peguam itu juga memohon diberikan sedikit masa untuk beliau memfailkan permohonan tersebut memandangk­an beliau sedang bercuti sakit yang bermula 15 Mac lalu hingga 29 Mac ini.

Mathews juga berkata anak guamnya tidak dapat hadir di mahkamah semalam kerana berada di luar negara atas urusan berkaitan kerja.

Pada 1 Mac lalu, Mohd Firuz membenarka­n permohonan Thomas untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Muhammad Shafee.

Dalam permohonan­nya, Peguam Negara berkata Muhammad Shafee adalah seorang peguam bela dan peguam cara yang mewakili Najib (tertuduh) yang telah didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas beberapa kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad.

Katanya, pada 7 Februari 2019, Muhammad Shafee diwawancar­a di luar Mahkamah Tinggi selepas prosiding mahkamah melibatkan bekas perdana menteri itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia