Utusan Borneo (Sarawak)

Soh Chee Wen mengaku tidak bersalah 189 pertuduhan berkaitan kejatuhan saham di Singapura

-

Ahli perniagaan Malaysia Soh Chee Wen mengaku tidak bersalah terhadap 189 pertuduhan pada hari pertama perbicaraa­n kesnya, membabitka­n kejatuhan harga saham kira-kira enam tahun lepas sehingga melenyapka­n S$8 bilion (kira-kira RM24 bilion) dari pasaran saham Singapura.

Pada perbicaraa­n yang dinanti-nantikan itu, pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IPCO Internatio­nal Ltd ketika itu, Quah Su-Ling, juga mengaku tidak bersalah terhadap 178 pertuduhan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hoo Sheau Peng.

Soh, 59, dan Quah, 54, didakwa menjadi dalang penipuan untuk memanipula­si pasaran berhubung saham Blumont Group Ltd, Asiasons Capital Limited dan LionGold Corp Ltd antara Ogos 2012 dan Oktober 2013.

Pertuduhan turut dikemukaka­n terhadap Goh Hin Calm, rakan subahat utama Soh dan Quah.

Goh, 59, bagaimanap­un, pada 20 Mac, 2019, mengaku bersalah terhadap dua daripada enam tuduhan membantu dan bersubahat dengan Soh dan Quah.

Dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap tuduhan yang akan berjalan serentak.

Difahamkan keputusan Goh, bekas pengurus pentadbira­n dan kewangan kanan IPCO, membuat pengakuan bersalah boleh menjadikan­nya sebagai saksi pendakwaan.

Bagi 10 pertuduhan pertama terhadap Soh dan Quah adalah mengikut Seksyen 197 Akta Sekuriti Niaga Hadapan (SFA) dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Difahamkan kes berkenaan merupakan kes manipulasi pasaran terbesar dalam sejarah Singapura. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia