Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM perkemaska­n lagi sistem operasi dan siasatan

BPC dilihat amat berkesan membantu kenal pasti pelaku jenayah

-

KUALA LUMPUR: Menyedari hakikat bahawa cabaran jenayah masa kini semakin kompleks dan penjenayah semakin licik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengorak langkah memperkema­skan lagi sistem operasi dan siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata seiring dengan kemajuan teknologi semasa, penggunaan Sistem Biometric Portrait Character ( BPC)/ Face Recognitio­n dilihat amat berkesan dalam membantu PDRM mengenal pasti serta mengesahka­n identiti pelaku jenayah.

“PDRM juga amat berbangga kerana mempunyai Pusat Pendaftara­n Penjenayah (D2) yang merupakan agensi tunggal di negara untuk menyimpan rekod- rekod penjenayah Malaysia dan Singapura,” katanya ketika menyampaik­an perutusan sempena Perbarisan Hari Polis Ke-212 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara Tommy Thomas.

Dalam perutusann­ya, Mohamad Fuzi turut berkongsi kejayaan pasukan keselamata­n itu dalam membantera­s kegiatan jenayah di negara ini dan memberitah­u bahawa sepanjang 10 tahun iaitu dari 2009 hingga 2018 kadar atau trend indeks telah mencatatka­n penurunan sebanyak 58.3 peratus.

“Berdasarka­n nilai ambang yang ditetapkan bagi Januari hingga 19 Mac, indeks jenayah yang direkodkan adalah sebanyak 17,905 kes. Pencapaian cemerlang ini diterjemah sebagai penurunan sebanyak 1,308 kes atau 6.8 peratus,” katanya.

Beliau berkata sejak tahun 2013 sehingga 20 Mac lepas, seramai 464 elemen Daesh telah ditangkap melibatkan rakyat tempatan dan asing.

Selain itu, pada tahun lepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut berjaya membongkar 35 makmal haram, berbanding 19 makmal pada tahun 2017, katanya.

Bagi tempoh Januari sehingga 15 Mac pula jumlah kes bagi pelbagai jenayah kesalahan di bawah Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) ialah sebanyak 56 kes berbanding 91 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas, manakala jumlah tangkapan ialah 72 orang.

Sementara itu, beliau berkata PDRM telah mengambil tindakan segera terhadap beberapa pihak yang dikesan sengaja mengeluark­an kenyataan jelik berhubung isu-isu melibatkan sensitivit­i agama, kaum dan Institusi Raja-Raja Melayu.

Seramai empat pemilik akaun media sosial telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dan tangkapan turut dilakukan ke atas seorang individu yang memuat naik komen jelik terhadap agama Hindu, katanya. — Bernama

PDRM juga amat berbangga kerana mempunyai Pusat Pendaftara­n Penjenayah (D2) yang merupakan agensi tunggal di negara untuk menyimpan rekod-rekod

” penjenayah Malaysia dan Singapura.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA: Muhyiddin (tengah) melawat ke ruang tapak pameran polis pada sambutan Peringatan Har Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama CUBA: Muhyiddin (tengah) melawat ke ruang tapak pameran polis pada sambutan Peringatan Har Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA BARISAN: Rosly (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Majlis Sambutan Memperinga­ti Hari Polis ke-212 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA BARISAN: Rosly (kiri) memeriksa perbarisan kawalan kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Majlis Sambutan Memperinga­ti Hari Polis ke-212 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia