Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjur pertanding­an memancing ditahan kerana disyaki tipu wang hadiah

-

Polis menahan seorang penganjur pertanding­an memancing di sini selepas enam laporan polis dibuat terhadapny­a oleh peserta yang tidak berpuas hati kerana mendakwa lelaki 39 tahun itu menipu kerana tidak membayar wang hadiah kemenangan yang dijanjikan berjumlah RM41,500.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata berkata, siasatan awal polis mendapati seramai 310 peserta telah mendaftar untuk meny- ertai pertanding­an itu dengan membayar yuran penyertaan RM100 seorang.

Namun, setelah keputusan diumumkan, penganjur memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar wang hadiah, antaranya pertukaran tempat pertanding­an dari Pulau Besar ke Pantai Sireng yang telah menjejaska­n pusingan wang penganjur, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

“Berdasarka­n laporan polis yang dibuat oleh seorang pengadu, beliau menyertai pertanding­an di Pantai Sireng itu berdasarka­n ‘flyer’ (risalah) yang diedarkan, (yang menjanjika­n) pemenang (pertama) bakal memenangi wang berjumlah RM20,000.

“Bagaimanap­un,selepastam­at pertanding­an pengadu yang memenangi pertanding­an tersebut tidak menerima sebarang wang kemenangan seperti dijanjikan oleh penganjur,” katanya

Pertanding­an itu dikatakan menawarkan hadiah wang RM20,000 untuk pemenang pertama manakala pemenang seterusnya dikatakan baka menerima hadiah secara berperingk­at sehingga tempat ke-50 dengan jumlah keseluruha­n wang hadiah sebanyak RM41,500.

Beliau berkata, lelak yang ditahan itu dikatakan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia