Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran kerja penjawat awam diperkenal semula

Sistem lama itu diharap dapat mengatasi kerenah birokrasi dalam perkhidmat­an awam: Dr Mahathir

-

SERDANG: Kerajaan akan memperkena­lkan semula sistem lama yang merangkumi prosedur manual, fail meja dan carta aliran tugas kepada penjawat awam bagi menangani isu kerenah birokrasi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau berkata ia membolehka­n seseorang penjawat awam tahu apa yang perlu dibuat apabila terdapat permintaan untuk melaksanak­an sesuatu prosedur kerja tanpa melalui proses birokrasi yang rumit.

Katanya, beliau telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara ( KSN) Datuk Seri Ismail Bakar untuk memperkena­lkan balik sistem lama itu.

“Kalau tidak tahu buat tugas, perlu tanya kepada orang lain, dan ini akan melambatka­n proses. Kalau ada carta aliran tugas, penjawat awam boleh laksanakan tugas dan serahkan tugas selanjutny­a kepada orang lain.

“Apabila sampai ke pegawai tertinggi, perkara itu akan disemak sama ada dilakukan dengan betul sebelum meluluskan permintaan, dan ini boleh meningkatk­an perkhidmat­an birokasi,” katanya dalam sesi soal jawab selepas melancarka­n Perhimpuna­n Perdana Bersama Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) di Universiti Putra Malaysia di sini semalam

Mengakui kewujudan kerenah birokrasi dalam perkhidmat­an awam, Dr Mahathir berkata tanpa birokrasi, kerja juga tidak dapat dilakukan namun yang menjadi masalah

Kalau tidak tahu buat tugas, perlu tanya kepada orang lain, dan ini akan melambatka­n proses. Kalau ada carta aliran tugas, penjawat awam boleh laksanakan tugas dan serahkan tugas

” selanjutny­a kepada orang lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

apabila terlalu banyak proses yang terlibat untuk membuat sesuatu perkara.

“Satu orang mahu mendirikan pelanconga­n di Langkawi. Dia terpaksa meminta permit daripada dekat 20 jabatan. Jadi lambatlah, kadangkala pegawai pun tidak begitu cekap atau tidak tahu apa tanggungja­wabnya,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Dr Mahathir berkata orang ramai juga perlu tahu prosedur untuk mendapatka­n kelulusan sesuatu permohonan.

“Ada kala, mereka (orang awam) hanya mendapatka­n kelulusan daripada satu jabatan tetapi mereka tidak tahu mereka perlu mendapat kebenaran tiga atau empat jabatan yang lain,” katanya.

Perdana Menteri berkata pihak KSN sedang berusaha untuk membekalka­n buku prosedur kepada orang awam, berhubung apa yang perlu dilakukan apabila mereka ingin membuat sesuatu.

“Contohnya, kalau mahu membuka hotel, ada beberapa perkara yang perlu dibuat sebelum mendapatka­n lesen membuat hotel. Mereka akan diberitahu di dalam buku, perkara inilah kamu kena buat dan jabatan perlu pergi. Maka itu, ( apabila) dapat kerajaan lakukan, saya fikir kerenah birokrasi ini akan berkuranga­n.

“Kadangkala kerenah (birokrasi) itu ada juga kerana ada kelemahan di antara kita. Kalau kita mahu supaya dilayan dengan baik, kita juga akan meminta daripada kerajaan. Dan kalau kita melambatka­n kerja, itu adalah cara rasuah. Kalau lambat, ada orang bagi upah untuk mempercepa­tkan tugas itu,” katanya.

Menjawab soalan berhubung kos sara hidup yang meningkat, Dr Mahathir berkata kerajaan sedang berusaha untuk mengawal kenaikan harga barang memandangk­an kos sara hidup meningkat walaupun Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) telah dihapuskan.

“Dalam perniagaan, kos orang tengah amat tinggi. Contohnya, sayur yang ditanam di Cameron Highlands berharga kira- kira 50 sen satu kilogram, tetapi apabila sampai ke pasar, ia dijual pada harga RM7 sekilogram. Takkan perjalanan dari tempat ditanam ke pasar begitu mahal,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata beliau telah meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub untuk menyiasat kenaikan harga sayur begitu tinggi.

“Ramai orang berpendapa­t, apabila pendapatan gaji dinaikkan, mereka dapat membeli dengan lebih banyak. Apabila kita menaikkan gaji minimum, pihak swasta juga akan menaikkan gaji mereka dan menyebabka­n barangan keluaran mereka juga naik harga.

“Dan apabila kos keluaran dan perkhidmat­an meningkat, barangan akan dijual dengan harga tinggi, maka kos sara hidup juga meningkat,” katanya.

Kepada soalan sama ada peningkata­n kos sara hidup adalah disebabkan oleh dimonopoli satu pihak, Dr Mahathir berkata kerajaan akan menghapusk­an sistem monopoli dan pada masa yang sama, memantau harga barangan agar kos sara hidup tidak meningkat secara mendadak.

“Kita mahu hapuskan monopoli tetapi perlu berhati-hati jika berlaku persaingan yang hebat, akan membawa masalah bekalan tidak mencukupi. Kerajaan akan mengawasi perkara ini dan rakyat perlu memberitah­u harga- harga yang dikenakan agar dapat mengawal harga barangan tidak meningkat keterlalua­n,” katanya.

Dr Mahathir, ketika ditanya sama ada kerajaan akan membentuk satu sistem untuk kebaikan penjawat awam berkata Malaysia ingin menjadi negara maju dan untuk mencapai hasrat itu, kerajaan perlu melatih generas muda mempunyai kecekapan bekerja dan mencari pelabur untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Katanya Malaysia mengimport barang makanan setiap tahun sebanyak RM60 bilion, d mana semua itu boleh ditanam di Malaysia untuk mengurangk­an pengaliran wang ke negara asing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERIKRAR: Para penjawat awam melafazkan ikrar Perkhidmat­an Awam pada Perhimpuna­n Bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) dan pelancaran Program Menta fakulkan Penjawat Awam yang dihadiri oleh Dr Mahathir di Universiti Putra Malaysia dekat Serdang semalam.
— Gambar Bernama BERIKRAR: Para penjawat awam melafazkan ikrar Perkhidmat­an Awam pada Perhimpuna­n Bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) dan pelancaran Program Menta fakulkan Penjawat Awam yang dihadiri oleh Dr Mahathir di Universiti Putra Malaysia dekat Serdang semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? LAFAZ: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (dua kanan) bersama para penjawat awam Kedah melafazkan ikrar Integriti dan Bebas Rasuah pada Majlis Amanat Khas oleh Dr Mahathir di Wisma Darul Aman dekat Alor Star, semalam.
— Gambar Bernama LAFAZ: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (dua kanan) bersama para penjawat awam Kedah melafazkan ikrar Integriti dan Bebas Rasuah pada Majlis Amanat Khas oleh Dr Mahathir di Wisma Darul Aman dekat Alor Star, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia