Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan belum putus jumlah pampasan kepada mangsa pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim

-

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan belum memutuskan jumlah pampasan kepada mangsa pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Beliau berkata kerajaan pada masa ini memberi tumpuan terhadap kesihatan dan rawatan kepada mangsa serta mencari langkah pencegahan supaya kejadian sama tidak berulang.

“Kejadian Sungai Kim-Kim ini baru berlaku, setakat sekarang apa yang kerajaan mengambil tanggungja­wab adalah untuk memberikan mereka (mangsa) kesihatan dan rawatan yang diperlukan.

“Untuk pampasan, belum lagi dikira berapa atau bagaimana nak diberikan pampasan kepada mereka,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai jumlah bantuan terhadap mangsa kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata kerajaan membelanja­kan RM8.78 juta kepada negeri-negeri Pantai Timur bagi menangani banjir ketika musim monsun timur laut pada November 2018 hingga 7 Mac lepas.

Beliau berkata jumlah itu antaranya melibatkan peruntukan RM5.6 juta untuk pusatpusat pemindahan banjir serta RM2.8 juta bagi menyediaka­n pangkalan hadapan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kegunaan perolehan keperluan asas seperti tilam, tikar, selimut dan bantal.

Katanya, RM320,000 turut disediakan bagi perbelanja­an Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri dan operasi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah di negeri-negeri Pantai Timur.

“Bagi mangsa banjir pula, kerajaan Persekutua­n telah memperuntu­kkan bantuan ihsan RM500 kepada setiap ketua isi rumah,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Rosol Wahid (PHHulu Terengganu) mengena jumlah peruntukan dikeluarka­n kerajaan dalam usaha menangani bencana banjir d negeri-negeri Pantai Timur antara November 2018 hingga Jan lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIR: Wan Azizah ketika hadir pada persidanga­n Parlimen di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama HADIR: Wan Azizah ketika hadir pada persidanga­n Parlimen di Bangunan Parlimen dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia