Utusan Borneo (Sarawak)

PM kesal umat Islam terbabit rasuah walau ia dilarang agama

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menzahirka­n rasa kesal khususnya terhadap individu beragama Islam yang terlibat dalam gejala rasuah sedangkan ajaran agama melarang kegiatan itu.

Beliau berkata kita sering menekankan kepada tuntutan agama untuk melakukan amalan wajib dan menjauhkan diri daripada yang dilarang.

“Malangnya, kita tidak sedar atau memilih untuk tidak ambil berat mengenai betapa besarnya dosa kita yang amalkan rasuah dan salahguna kuasa untuk kepentinga­n diri.

“Seolah-olah bagi kita integriti itu bukan tuntutan Islam sehingga kita tidak merasa malu apabila melakukann­ya dan jika kita didapati melakukann­ya, ia tidak dipandang hina,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Khas Perdana Menteri bersama Penjawat Awam Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Perdana menteri turut mengingatk­an penjawat awam supaya mengikis mentaliti materialis­tik, suka jalan mudah dan keinginan untuk cepat kaya kerana ia boleh membawa kepada rasuah, penyelewen­gan serta salah guna kuasa.

Dr Mahathir berkata rakyat juga seharusnya mempunyai kesedaran tentang bahaya gejala rasuah terhadap keutuhan dan kemajuan sesuatu bangsa.

Beliau berkata selain daripada segala usaha, program dan peraturan untuk mengekang amalan rasuah dan salahguna kuasa, kesedaran merupakan perkara utama dalam mengatasi ‘penyakit’ itu.

“Sejarah menunjukka­n betapa empayar-empayar Islam yang begitu gah dan agung jatuh dan musnah.

“Ia tidak bermula dengan perbuatan musuh- musuh Islam sebaliknya, ia bermula dengan salah guna kuasa dan rasuah,” kata beliau.

Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu melihat semula apakah sistem nilai dan di mana kesedaran bahawa rasuah dan salah guna kuasa itu jijik dan dibenci oleh Islam dan nilai-nilai sejagat.

“Tanpa kesedaran ini, kita akan terus melakukan rasuah dan salah guna kuasa dan turut tidak merasa hina atau memandang hina kepada mereka yang melakukann­ya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia