Utusan Borneo (Sarawak)

Perkahwina­n tidak didaftar punca utama isu kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan

-

Perkahwina­n yang tidak didaftarka­n menjadi punca utama kepada isu kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan di negara ini, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) hanya merekodkan status seseorang individu sebagai warganegar­a atau bukan warganegar­a berdasarka­n kepada status perkahwina­n dan taraf kewarganeg­araan ibu bapa sewaktu kelahiran berlaku.

“Saya seru rakyat Malaysia (yang) berani kahwin (agar) berani daftar (dan) berani tanggung sebab implikasi akan berlaku kepada anak-anak,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PHBeruas) mengenai inisiatif kerajaan berhubung kanakkanak tanpa kewarganeg­a- raan selepas ibu warga asing kanak-kanak tersebut tidak mendaftark­an perkahwina­n mereka dengan bapa yang merupakan warganegar­a Malaysia.

Mohd Azis berkata bagi kes ibu bukan warganegar­a dan lewat mendaftar perkahwina­n, pasangan berkenaan boleh membuat permohonan kewarganeg­araan anak mereka kepada JPN di bawah Perkara 15A Perlembaga­an Persekutua­n.

Perkara 15A memperuntu­kkan kuasa khas kepada pentadbir persekutua­n untuk mendaftark­an seseorang yang berusia bawah 21 tahun sebaga seorang warganegar­a.

“Permohonan di JPN akan dipertimba­ngkan sekiranya memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan oleh Perlembaga­an Persekutua­n dan perundanga­n yang berkaitan,” katanya.

Tambahnya, pelbagai usaha sedang dilakukan kerajaan untuk membantu kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganeg­araan dengan kerjasama Kementeria­n Dalam Negeri Kementeria­n Pendidikan dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia