Utusan Borneo (Sarawak)

Isu harga ikan tinggi, nelayan ditindas dibawa ke Kabinet

Mesyuarat Kabinet akan berusaha cari jalan mengatasi isu nelayan

-

PUTRAJAYA: Isu peningkata­n harga ikan sedang nelayan tidak mendapat bayaran setimpal untuk hasil tangkapan mereka, akan dibawa untuk perbincang­an Kabinet di Langkawi pada Jumaat ini, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata mesyuarat Kabinet itu akan berusaha mencari jalan mengatasi isu berkenaan.

Menteri itu mengulas laporan mengenai peningkata­n harga ikan ekoran rantaian bekalan panjang dengan keuntungan dikaut oleh pendatang asing yang menjual ikan di pasar borong, sedangkan nasib nelayan tidak berubah.

Saifuddin berkata selain kementeria­nnya, Kementeria­n Dalam Negeri, Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu bekerjasam­a dalam usaha mencari jalan penyelesai­an terhadap masalah dihadapi nelayan.

Isu yang turut melibatkan aspek ‘penindasan’ (ke atas nelayan) dan amalan kumpulan tertentu mengawal wilayah dalam pasar borong itu tidak akan selesai melalui tindakan oleh satu kementeria­n dari sudut penguatkua­saan kawalan harga sahaja, katanya.

“Tindakan berupa kerjasama erat pelbagai kementeria­n perlu dan jika dilakukan, ia mestilah konsisten dan tidak bermusim,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Program Citarasa Malaysia - Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini semalam.

Mengenai program tersebut, Saifuddin berkata kementeria­nnya melalui Bahagian Pembanguna­n Perniagaan telah merancang 14 aktiviti siri jelajah ke seluruh negara bagi mempromosi produk buatan Malaysia dengan lebih agresif.

Beliau berkata usaha mempromosi produk buatan Malaysia itu akan diger-

Tindakan berupa kerjasama erat pelbagai kementeria­n perlu dan jika dilakukan, ia mestilah konsisten dan tidak

” bermusim.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

akkan melalui peruntukan sebanyak RM20 juta yang disediakan kerajaan dengan matlamat antaranya penembusan produk-produk PKS ke pasar raya besar dapat ditingkatk­an.

Sehingga kini, sebanyak 1,762 pengusaha PKS tempatan dengan jenama dan produk masing-masing telah berdaftar dengan kementeria­n, di mana hampir 15 peratus daripadany­a boleh didapati di pasar raya di seluruh negara, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Saifuddin (kanan) melihat pelbagai produk yang dijual dan beramah mesra dengan peniaga cilik pada Pelancaran Program Citarasa Malaysia di kementeria­nnya semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Saifuddin (kanan) melihat pelbagai produk yang dijual dan beramah mesra dengan peniaga cilik pada Pelancaran Program Citarasa Malaysia di kementeria­nnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia