Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA 2019: KPDNHEP pastikan tiada kenaikan harga barangan, makanan

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan berperanan memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan dan makanan secara tidak terkawal sempena Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a (LIMA) 2019 yang berlangsun­g di Langkawi.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abd Aziz berkata pihaknya akan melaksanak­an operasi dan pemantauan ke atas setiap premis perniagaan di Langkawi untuk menangani kenaikan harga yang tidak berpatutan.

Beliau berkata KPDNHEP memberi perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah bagi memastikan harga barangan dalam negara adalah berpatutan demi kesejahter­aan pengguna.

“Tindakan pelaksanaa­n operasi dan pemantauan dijalankan melalui pemeriksaa­n, pemantauan dan penguatkua­saan di semua lokasi perniagaan di sekitar Langkawi dengan memberi tumpuan kepada tindakan terhadap ketidakpat­uhan ke atas undang-undang yang dikuatkuas­akan oleh kementeria­n,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan ialah perbuatan mencatut atau mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah di bawah Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011, serta penandaan harga bagi barangan jualan di bawah Perintah Kawalan Harga ( Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993, katanya.

“(Yang lain) ialah petunjuk atau gambaran yang mengeliruk­an harga di bawah Seksyen 14 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Seksyen 12 Akta Perlindung­an Pengguna 1999; pengeluara­n resit atau invois belian jika diminta oleh pengguna di bawah Sekyen 140 Akta Perlindung­an Pengguna 1999,” katanya.

Muez berkata tindakan tegas akan diambil ke atas manamana pihak yang mengeksplo­itasikan apa-apa keadaan untuk menaikkan harga secara tidak munasabah.

Katanya kementeria­n turut menyediaka­n pelbagai saluran aduan yang lain iaitu di porta rasmi KPDNKK, emel http:/ eaduan.kpdnkk.gov.my, talian tol bebas KPDNHEP 1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzAdu KPDNKK serta di media sosial Twitter dan Facebook KPDNKK.

“Sebarang aduan itu mestilah jelas seperti butiran nama, alamat tempat yang diadu, butiran barangan dan harga serta resit pembelian untuk memudahkan kita membuat siasatan,” katanya — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia