Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka siasat penganjura­n program LGBT

-

Kerajaan negeri Melaka akan menjalanka­n siasatan secara menyeluruh terhadap penganjur yang didakwa terlibat dalam mempromosi program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r ( LGBT) seperti yang tersebar di laman sosial.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dan akan mengenakan tindakan tegas sekiranya penganjur program berkenaan didapati melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Kita tidak akan sesekali membenarka­n sebarang promosi dan program (berkaitan LGBT) dilaksanak­an di negeri ini.

“Justeru, kita akan melakukan siasatan lanjut melalui agensi terbabit termasuk pasukan keselamata­n negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jalinan Mahabbah Umara melibatkan jawatankua­sa kariah masjid seluruh negeri Melaka di Masjid Al Azim, Bukit Palah di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Hasim Hasan dan Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah.

Sebuah iklan penganjura­n Malam Muafakat Melaka bertemakan warna-warni bakal diadakan di sebuah hotel di negeri ini pada 30 April depan, tersebar di laman sosial dengan memaparkan tiga individu berpakaian wanita masingmasi­ng dipercayai golongan berpengaru­h dalam kalangan kegiatan LGBT.

Sementara itu, mengulas mengenai program Jalinan Mahabbah Umara, Adly berkata lebih 500 anggota jawatankua­sa masjid di negeri ini menandatan­gani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sekali gus menjadi institusi ibadah pertama melaksanak­an inisiatif tersebut.

“Saya difahamkan, Melaka adalah negeri pertama yang jawatankua­sa masjidnya melafazkan IBR,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia