Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada paksaan mahasiswa UM sertai makan malam yang dicaj RM120

-

Mahasiswa Universiti Malaya (UM) tidak pernah dipaksa untuk menghadiri majlis makan malam yang didakwa dikenakan caj RM120 secara automatik, tanpa kebenaran pelajar.

Pengerusi Sekretaria­t Presiden Kolej Universiti Malaya ( SPKUM) Ainin Azman berkata, pelajar sebenarnya mempunyai pilihan untuk tidak menghadiri majlis makan malam tersebut dengan menulis surat ketidakhad­iran mereka kepada pentadbira­n kolej masing-masing sebelum majlis berlangsun­g.

“Kemudian caj RM120 yang dikenakan kepada pelajar akan dikembalik­an semula. Dakwaan kononnya pelajar dipaksa untuk membayar yuran RM120 adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi Angkatan Mahasiswa UM Muhammad Ahnaf Mohd Yunus pada Khamis lepas yang meminta pentadbira­n kolej kediaman UM memulangka­n semula yuran makan malam itu yang di- dakwa dicaj secara automatik bersama yuran pengajian dan penginapan kolej pada minggu ketiga semester pertama iaitu Februari lepas, tanpa kebenaran pelajar.

Muhammad Ahnaf juga mendakwa pelajar tidak diberi pilihan dan dipaksa menyertai majlis makan malam atau dikenali sebagai Malam Anugerah yang diadakan di hotel bertaraf lima bintang di ibu negara.

Menurut Ainin, majlis makan malam yang saban tahun dianjurkan itu merupakan satu majlis berprestij yang mengumpulk­an semua penghuni kolej di samping meraikan usaha mahasiswa yang telah berbakti pada peringkat kolej, universiti, mahupun antarabang­sa.

Justeru, beliau meminta mahasiswa yang mempunyai sebarang masalah berkaitan isu tersebut menghubung­i presiden kolej kediaman masing-masing bagi mendapatka­n penjelasan lanjut.

Pihaknya juga akan membawa isu yuran makan malam tersebut ke Parlimen Mahasiswa UM bagi mencari penyelesai­an jangka panjang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia