Utusan Borneo (Sarawak)

Penanaman ganja untuk perubatan boleh undang salah guna: Exco Selangor

-

Kerajaan Selangor melihat penanaman ganja boleh mengundang kepada salah guna sekalipun tumbuhan itu dikatakan mempunyai khasiat dari segi perubatan.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Generasi Muda & Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata ini ditambah dengan ‘ daya kreativiti’ golongan muda sekarang yang berupaya menjadikan ‘bunga api’ sebagai ‘meriam’.

“Saya ingin memberitah­u Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat hidup dalam zaman ini, bukan zaman dahulu. Lebih baik belia di negeri ini disyorkan tanam pokok berfaedah antaranya cili berbanding penanaman ganja di negeri ini,” katanya semasa menggulung perbahasan pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri, di sini semalam.

Beliau juga berkata menurut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak yang didapati menanam pokok ganja atau pokok yang boleh menghasilk­an candu mentah boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Katanya, kerajaan negeri juga komited untuk memas- tikan golongan muda di Selangor bebas penyalahgu­naan dadah.

“Sehingga 2017, Selangor merekodkan seramai 2,305 penagih dadah namun masih dalam kawalan. Kita mahu kekal dalam nombor yang kita boleh kawal dan tidak mahu ada unsur yang boleh mendedahka­n anak muda kita kepada dadah,” katanya.

Pada Rabu lepas, Mohd Shaid Rosli ( PH- Jeram) ketika membahaska­n ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor mencadangk­an kerajaan negeri menimbang tanaman ganja bagi tujuan perubatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia