Utusan Borneo (Sarawak)

Tugu Jepun: Kerajaan Kedah mohon maaf

Perkataan ‘wira’ salah terjemah berdasarka­n maklumat yang disediakan Konsulat Jepun

-

SERDANG: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin masalah pentadbira­n serta kewangan negara yang ditinggalk­an kerajaan terdahulu akan dapat dipulihkan dalam tempoh tiga tahun.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah menyusun pelbagai perancanga­n yang diyakini boleh mengatasi kedua-dua isu tersebut, justeru penjawat awam harus bersabar serta bekerjasam­a dengan kerajaan semasa untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Insya-Allah, kalau keadaan dalam negara ini aman, tidak ada tindakan yang liar, kita yakin dalam masa tiga tahun kita akan dapat pulihkan semula negara,” katanya pada Majlis Perhimpuna­n Perdana Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) bersama Perdana Menteri, di sini semalam.

Perdana Menteri berkata bagaimanap­un usaha memulihkan negara tidak boleh dilakukan melalui kuasa politik semata-mata sebaliknya turut menuntut kerjasama sektor awam bagi membantu PH yang mengambil alih pentadbira­n negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Amat penting untuk tuantuan dan puan-puan faham sejarah kita dan tahu apa sedang dilakukan oleh negara yang baharu ini oleh pemerintah baharu ini, supaya dapat menghulurk­an kerjasama yang erat kepada kerajaan demi kepen- tingan negara, supaya negara kita akan sekali lagi berada di jalan ke arah negara maju pada 2025,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerjasama yang diperlukan daripada penjawat awam termasuk memahami masalah yang dihadapi negara khususnya berhubung bebanan hutang melebihi RM1 trilion yang meletakkan kewangan negara dalam keadaan sukar.

“Sebab itu kita terpaksa batal rancangan- rancangan yang besar yang telah dilakukan, dijadualka­n dan dilaksanak­an oleh kerajaan lama. Kita harus kurangkan perbelanja­an untuk projekproj­ek yang besar ini namun demikian kalau kita hentikan kontrak yang lama kita juga perlu membayar pampasan,” katanya.

Menurutnya, sebahagian pendapatan negara kini terpaksa digunakan untuk membayar hutang negara, menyebabka­n perhatian kerajaan terhadap soal pembanguna­n negara berkuranga­n.

“Saya harap kita boleh bersabar, kalau kita bekerjasam­a dalam keadaan aman dan tenteram maka kita dapat pulihkan kewangan negara kita dan pembanguna­n negara kita.

“Untuk menghapusk­an hutang RM1 trilion bukanlah mudah, seluruh rakyat termasuk anggota kerajaan perlu ikat perut sedikit supaya kita dapat kurangkan perbelanja­an biasa dan membayar hutang,” katanya. — Bernama ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memohon maaf atas kesilapan teknikal mengenai perkataan ‘wira’ yang tercatat pada papan maklumat tugu memperinga­ti tentera Jepun di pekarangan Muzium Negeri Kedah di sini, yang dirasmikan barubaru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Pembanguna­n Keusahawan­an negeri, Mohd Asmirul Anuar Aris turut menyatakan permohonan maaf itu mewakili pihak Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dan Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Beliau berkata kesilapan itu timbul apabila syarikat yang mencetak papan maklumat serta kain rentang majlis perasmian tugu Jepun itu salah menterjema­h maklumat yang disediakan pihak Konsulat Jepun.

Katanya tugu berkenaan sebenarnya sudah lama dibina iaitu pada 1941, semasa perang dunia kedua belum tamat, dan baru-baru ini dibuat pemulihan bertujuan untuk memelihara artifak sejarah berkenaan.

“Bagi pihak Jepun, anggota tenteranya yang terkorban pada peperangan itu dianggap sebagai wira, namun kita tetap menganggap­nya sebagai penjajah,” katanya.

Mohd Asmirul berkata keadaan itu sengaja dimanipula­sikan sesetengah pihak sehingga timbulnya kontrovers­i yang dianggap sebagai promosi percuma kepada pelanconga­n di negeri ini.

Kelmarin, tular di laman sosial kononnya perasmian tugu Jepun itu menunjukka­n kerajaan negeri mengiktira­f tentera Jepun yang terkorban semasa zaman penjajah dahulu sebagai wira.

Selepas menerima pelbaga kritikan berhubung perkara itu, papan maklumat pada tugu Jepun itu diturunkan petang kelmarin.

Di KUALA LUMPUR Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia (SEDAR Malaysia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan mahu agar tugu tentera Jepun yang telah dibaik pulih d Alor Setar dimusnahka­n bag menjaga sensitivit­i rakyat Malaysia.

Presidenny­a Nazrin Noran berkata sebagai rakyat yang patriotik, maruah negara perlu dipelihara bagi menghargai jasa pejuang negara yang terkorban bagi menyelamat­kan negara daripada penjajah.

“Yang penting adalah maruah negara dan pengorbana­n pejuang-pejuang negara yang telah menentang penjajah Sedar Malaysia akan menentang sepenuhnya perbuatan yang mengagung-agungkan penjajah atau komunis,” katanya kepada pemberita selepas menyerahka­n memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Jepun, di sini semalam. — Bernama

Bagi pihak Jepun, anggota tenteranya yang terkorban pada peperangan itu dianggap sebagai wira, namun kita tetap

” menganggap­nya sebagai penjajah.

Mohd Asmirul Anuar Aris

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan, Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Pembanguna­n Keusahawan­an Kedah

 ?? — Gambar Bernama ?? PETISYEN: Nazrin (tengah) bersama wakil kedutaan Jepun Shinobu Sato serta wakil SEDAR menyerahka­n petisyen serta memorandum kepada wakil kedutaan Jepun berkaitan desakan merobohkan Tugu Wira Jepun di Alor Setar yang telah dibaik pulih dan dirasmikan pada 21 Mac 2019 di Pekarangan Pejabat Menteri Pelanconga­n Negeri Kedah Darul Aman di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama PETISYEN: Nazrin (tengah) bersama wakil kedutaan Jepun Shinobu Sato serta wakil SEDAR menyerahka­n petisyen serta memorandum kepada wakil kedutaan Jepun berkaitan desakan merobohkan Tugu Wira Jepun di Alor Setar yang telah dibaik pulih dan dirasmikan pada 21 Mac 2019 di Pekarangan Pejabat Menteri Pelanconga­n Negeri Kedah Darul Aman di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia