Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kenyataan bersama PH berkaitan Nurul Izzah

-

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam menafikan bahawa Pakatan Harapan (PH) ada mengeluark­an kenyataan bersama seperti yang ditularkan semalam susulan kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Katanya, beliau telah menghubung­i setiausaha­setiausaha parti lain dalam PH berhubung perkara tersebut dan diberitahu tiada kenyataan sedemikian dikeluarka­n.

“Ini satu lagi ‘fake news’ ( berita tidak benar) bagi mewujudkan ketegangan hubungan parti dalam PH,” katanya yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada sidang media selepas melancarka­n Program Citarasa Malaysia – Hari Bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini semalam.

Saifuddin Nasution mengulas penularan satu kenyataan menggunaka­n logo PH, antara lain menyatakan bahawa kepimpinan gabungan politik itu tetap menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusin­ya bersama pimpinan parti komponen dan menyokong sepenuhnya misi membina semula negara daripada kleptokras­i.

Berdasarka­n yang ditularkan, kenyataan itu kononnya dikeluarka­n secara bersama oleh Ketua Setiausaha Sekretaria­t PH Datuk Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Marzuki Yahya; Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) Anuar Tahir dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Ia susulan daripada kenyataan Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden PKR dalam satu temu bual bersama akhbar Singapura The Straits Times yang dilaporkan menggambar­kan perkembang­an politik dalam tempoh setahun lepas sebagai ‘sangat mencabar dan huruhara’ selain menzahirka­n kekecewaan dengan kemasukan bekas wakil rakyat UMNO dalam PH.

Saifuddin berkata beliau perlu mendapatka­n penjelasan daripada Nurul Izzah sebelum boleh memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

Ditanya berkenaan kekecewaan Nurul Izzah berhubung jawatan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Saifuddin berkata beliau menghormat­i pendirian Nurul Izzah.

Sebagai ahli parlimen yang telah tiga penggal berada di Dewan Rakyat, katanya Nurul Izzah tentu mempunyai sudut pandangan tertentu bahawa PAC harus dipegang seseorang yang mewakili pembangkan­g. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Saifuddin Nasution (kanan) pada Pelancaran Program Citarasa Malaysia di kementeria­nnya di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz.
— Gambar Bernama LANCAR: Saifuddin Nasution (kanan) pada Pelancaran Program Citarasa Malaysia di kementeria­nnya di Putrajaya semalam. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia