Utusan Borneo (Sarawak)

3 anggota PAC pembangkan­g letak jawatan serta-merta

-

Tiga anggota Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC) daripada kalangan pembangkan­g meletakkan jawatan sertamerta semalam berikutan isu kepimpinan PAC, kata ketua pembangkan­g Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia melibatkan kesemua tiga wakil pembangkan­g dalam PAC iaitu Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) dan Datuk Takiyuddin Hassan ( PAS- Kota Bharu).

Ismail Sabri berkata pihaknya membuat keputusan itu sehingga keputusan dibuat kerajaan untuk mengekalka­n jawatan pengerusi dalam kalangan wakil pembangkan­g.

“Barisan Nasional ( BN) telah mengeluark­an surat bagi mencadangk­an Noraini sebagai pengerusi PAC kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof pada 1 Mac,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Jawatan pengerusi PAC kini disandang oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang sebelum ini mewakili BN tetapi baru-baru ini beliau menyertai BERSATU, sebuah komponen Pakatan Harapan (PH). Oleh itu kedudukan beliau sebagai pengerusi PAC dianggap tidak lagi sesuai.

Mengikut manifesto PH sebelum ini, jawatan pengerusi PAC dikhaskan kepada wakil rakyat pembangkan­g.

Kelmarin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Kiandee akan kekal memegang jawatan itu sehingga calon yang sesuai dikenal pasti.

Ismail Sabri mendakwa PH kini mempunyai kuasa sepenuhnya dalam PAC, walaupun tujuan lantikan pengerus daripada pembangkan­g adalah bagi memastikan proses semak dan imbang dalam isu berbangkit lebih berkesan.

Mengulas kenyataan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming bahawa pelantikan pengerusi PAC baharu dipertimba­ngkan selepas kes-kes kendalian Kiandee selesai, Ismail Sabri berkata ia tidak perlu.

“Tidak perlu, sebab Norain ketika ini adalah anggota PAC Dia tahu tentang semua kes yang sedang dibincangk­an dalam PAC. BN cadang beliau sebagai calon sebab beliau anggota PAC yang sedia maklum tentang semua kes kendalian PAC,” kata Naib Presiden UMNO itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia