Utusan Borneo (Sarawak)

Jaringan lewat Schulz kurangkan tekanan ke atas Loew

Gol pemain pertahanan itu pastikan kemenangan 3-2 buat Jerman ketika menentang Belanda pada aksi kelayakan Euro 2020

-

Kemenangan sangat hebat dan memberikan keyakinan untuk

” pasukan.

Nico Schulz

Pemain pertahanan Jerman

AMSTERDAM, Belanda: Gol Nico Schulz pada minit ke-90 memastikan kemenangan dramatik 3-2 buat Jerman ketika menentang Belanda pada perlawanan kelayakan pembukaan Euro 2020 mereka di sini Ahad lepas, sekali gus mengurangk­an tekanan ke atas jurulatihn­ya, Joachim Loew.

Ia adalah kemenangan pertama Jerman pada perlawanan kompetetif sejak Piala Dunia 2018 dan hadir selepas satu perlawanan di mana Jerman menunjukka­n kekuatan dan juga kelemahan.

Jerman beraksi cemerlang pada 45 minit pertama perlawanan di Amsterdam tetapi hilang rentak di separuh masa kedua ketika Belanda bangkit dari ketinggala­n 0- 2 pada perlawanan kedua untuk kedua- dua pasukan sejak bulan November.

Namun Schulz menjaringk­an gol l kemenangan pada da minit akhir.

“K e m e - nangan sangat hebat dan memb e r i k a n keyakinan untuk pasukan,” kata a Schulz.

Loew memumuji semangat juang tinggi pasukannya nnya selepas permainain­an turun naik. k “K “Kami berm bermain d e n g a n s a n - gat b baik d dalam l separuh h masa per- tama tetapi dalam separuh masa kedua, kami tidak berada di tahap yang sama,” kata beliau.

“Saya kagum dengan cara pasukan bersaing dan bagaimana mereka terus percaya sehingga ke akhir permainan. Pujian sepenuhnya kepada mereka.”

Jerman bermula garang dengan penjaga gol Belanda, Jasper Cillessen dipaksa bertindak pantas menepis cubaan Serge Gnabry seawal minit kedua.

Dengan 15 minit sudah berlalu, Jerman membuka jaringan apabila Schulz melakukan larian pantas di sayap kiri sebelum men- gumpan bola kepada Leroy Sane, dan apabila pemain pertahanan Belanda, Matthjis de Ligt tergelinci­r, Sane mempunyai ruang untuk melakukan rembatan ke pintu gol.

Belanda juga berbisa ketika melakukan serangan tetapi penjaga gol Jerman Manuel Neuer juga bertindak tangkas dengan menepis dua cubaan Ryan Babel.

Jerman menambah jaringan pada minit ke- 35 dar satu rembatan Gnabry dar hujung kotak penalti.

“Jangan lupa kami menentang Jerman,” kata jurulatih Belanda, Ronald Koeman.

“Kami tahu Jerman akan menyerang dan kami bermula dengan buruk sekali.”

Belanda meningkatk­an permainan selepas rehat dan De Ligt menebus kesilapann­ya sebelum ini dengan menyempurn­akan umpanan Memphis Depay untuk merapatkan kedudukan.

Depay kemudian mengikat kedudukan ketika Belanda terus menguasai permainan dan dengan Belanda kelihatan bersemanga­t mencari go kemenangan, Schulz muncu menjaringk­an gol kemenangan pada lewat permainan — AFP

 ??  ?? GOL KETIGA:
GOL KETIGA:
 ?? — Gambar AFP ?? Schulz menewaskan penjaga gol Belanda untuk menjaringk­an gol kemenangan Jerman pada minit akhir perlawanan di Arena J Johan Cruyff, Amsterdam Ahad lepas.
— Gambar AFP Schulz menewaskan penjaga gol Belanda untuk menjaringk­an gol kemenangan Jerman pada minit akhir perlawanan di Arena J Johan Cruyff, Amsterdam Ahad lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? DIKAWAL KETAT: Pemain Scotland, Ryan Fraser (kanan) bersaing dengan pemain San Marino, Manuel Battistini pada aksi di Stadium San Marino, Serravalle Ahad lepas.
— Gambar Reuters DIKAWAL KETAT: Pemain Scotland, Ryan Fraser (kanan) bersaing dengan pemain San Marino, Manuel Battistini pada aksi di Stadium San Marino, Serravalle Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia