Utusan Borneo (Sarawak)

Kelayakan Euro 2020: James muncul wira Wales

-

Daniel James menjadi wira Wales apabila menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Slovakia 1- 0 di sini pada perlawanan kelayakan Euro 2020 Ahad lepas.

James, pemain kelab Swansea City, membuat penampilan kesebelasa­n utama pada perlawanan kompetetif untuk Wales, menjaringk­an gol tunggal kemenangan seawal minit kelima.

“Ia menarik untuk menjaringk­an gol awal,” kata James.

“Dari situ, kami terpaksa bekerja- keras. Satu- satu perkara di fikiran saya ialah melakukan cubaan dan nasib baik bola itu masuk.”

Bintang Wales, Gareth Bale, yang menjadi kapten pasukan dengan Ashley Williams sentiasa bermula di bangku simpanan, menambah: “Semua pemain beraksi dengan bersungguh- sungguh hari ini.

“Kami membina kejayaan dengan pertahanan yang baik. Kami bekerja- keras dalam satu pasukan. Kami sentiasa tahu kami boleh menjaringk­an gol.

“Pada set kedua, kami diasak teruk tetapi kami bermula dengan baik, menjaringk­an gol awal dan menutup ruang. Kami tahu apa yang harus dilakukan,” tambah Bale.

Slovakia menurunkan skuad yang sama ketika menewaskan Hungary 2- 0 pada perlawanan pembu- kaan kelayakan mereka Khamis minggu lepas dan jurulatih Wales, Ryan Giggs, yang melakukan 11 pertukaran dari pasukan yang menang 1- 0 pada perlawanan persahabat­an menentang Trinidad dan Tobago, berasa gembira dengan cara pasukannya menangani lawan yang sudah beraksi lebih awal dalam kempen kelayakan.

“Ia bukan mudah. Saya cuba mengurangk­an tekanan kerana saya tahun pasukan lawan sudah bermain satu perlawanan kelayakan tetapi anda sememangny­a berasa tertekan,” katanya.

“Dalam separuh masa pertama, kami menunjukka­n rentak yang baik.”

Perlawanan di Stadium Cardiff City bermula baik untuk pasukan tuan rumah dengan Harry Wilson dan David Brooks berganding­an cantik tetapi penyudah oleh Brooks dihadang pemain pertahanan Slovakia, Peter Pekarik.

Tetapi Pekarik melakukan kesilapan di hujung kotak penalti apabila kehilangan bola kepada James, yang kemudian melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Martin Dubravka untuk meletakkan Wales di hadapan.

Tidak lama sebelum rehat, Brooks hampir menambah jaringan apabila menewaskan dua pemain pertahanan tetapi rembatanny­a sedikit tingg melepasi palang gol walaupun Dubravka sudah tertewas.

Slovakia cuba bangkit selepas rehat dengan Albert Rusnak gagal menewaskan penjaga gol Wales, Wayne Hennesey sebelum satu cubaan Michal Duris ditepis keluar.

Wales bagaimanap­un berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengutip tiga mata penuh.

Dua perlawanan kelayakan seterusnya buat Wales ialah menentang Croatia pada 8 Jun dan Hungary pada 11 Jun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GOL PENTING: James (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Wales menewaskan Slovakia di Cardiff, Wales Ahad lepas.
— Gambar Reuters GOL PENTING: James (kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan ketika membantu Wales menewaskan Slovakia di Cardiff, Wales Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia