Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Tau, aksi tangkas Keet pastikan Afrika Selatan ke Piala Negara Afrika

-

JOHANNESBU­RG, Afrika Selatan: Percy Tau menjaringk­an dua gol dan Darren Keet beraksi tangkas ketika Afrika Selatan menewaskan Libya 2-1 Ahad lepas untuk mengesahka­n tempat ke Piala Negara Afrika (ACN) pertengaha­n tahun ini.

B e n i n , R e p u b l i k Demokratik Kongo (DRC), Tanzania dan Zimbabwe juga mengesahka­n tempat pada hari terakhir kempen kelayakan untuk melengkapk­an senarai 24 pasukan pada kejohanan yang akan berlangsun­g di Mesir.

Tau meletakkan Afrika Se- latan di hadapan pada minit ke-49 dengan satu rembatan dari hujung kotak penalti pada perlawanan yang dipindahka­n ke bandar raya Sfax di Tunisia ekoran situasi keselamata­n di Libya.

Ketika keputusan seri sudah memadai untuk Afrika Selatan mengesahka­n kelayakan, Libya perlu menang pada perlawanan Kumpulan E itu untuk menamatkan saingan selaku naib juara di belakang Nigeria dan mengesahka­n kelayakan.

Libya berjaya mengikat kedudukan pada minit ke65 apabila Keet mengasa- ri pemain gantian Libya, Anis Saltou, membolehka­n Ahmed Benali menyempurn­akan penalti.

Tau bagaimanap­un meletakkan Afrika Selatan kembali di hadapan empat minit kemudian.

Ketegangan memuncak beberapa kali di kalangan pemain dan padang dipenuhi dengan botol yang dibaling penonton pada akhir permainan.

Nigeria, yang melengkapk­an jadual perlawanan dengan kemenangan 3-1 ke atas Seychelles di Asaba pada hari Jumaat, menamatkan kempen dengan 13 mata, Afrika Selatan 12, Libya tujuh dan Seychelles hanya satu mata.

Kejayaan Afrika Selatan layak ke ACN 2019 adalah satu kelegaan besar kepada penyokong, yang kecewa kerana kegagalan berulang kali pasukan mereka memberi impak di ACN.

Ia adalah kali kedua Afrika Selatan layak ke kejohanan dwitahunan itu sejak 2008 dan jurulatih kelahiran England, Stuart Baxter, mengakui tugasnya menjadi pertaruhan.

Afrika Selatan juga bertanding pada edisi 2013 tetapi ia hanya kerana mereka menjadi tuan rumah selepas menggantik­an Libya sebagai tuan rumah.

Pada perlawanan lain, Khama Billiat menjaringk­an gol dari satu tendangan percuma sebelum Knowledge Musona menambah jaringan ketika Zimbabwe menewaskan Kongo Brazzavill­e 2-0 di Harare untuk aksi Kumpulan G.

DRC menamatkan saingan di tangga kedua selepas menewaskan Liberia 1- 0 di Kinshasa menerusi gol Cedric Bakambu.

Benin memerlukan satu mata untuk layak dari Kumpulan D bersamasam­a Algeria, tetapi mereka mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Togo 2-1.

Tanzania membelasah Uganda, yang belum tewas sebelum ini tetapi sudah mengesahka­n kelayakan, dengan kemenangan 3- 0 di Dar es Salam untuk menduduki tempat kedua Kumpulan L, di hadapan Lesotho, yang hanya mampu seritanpa jaringan di Cape Verde.

Pasukan yang layak sebe- lum pusingan akhir kempen kelayakan adalah Burundi, Cameroon, Mesir, Algeria, Angola, Ivory Coast, Ghana, Guinea, Guinea- Bissau, Kenya, Madagascar, Mali, Mauritania, Morocco, Namibia, Nigeria, Senegal, Tunisia dan Uganda.

Mesir memegang rekod muncul juara kejohanan sebanyak tujuh kali dan dengan beraksi di tempat sendiri, mereka akan menjadi antara pasukan pilihan untuk menjulangn­ya buat kali kelapan pada kejohanan yang bermula 21 Jun dan berakhir 19 Julai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia