Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Safawi selamatkan maruah Malaysia

Menewaskan Laos 1-0 dalam Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23

-

SHAH ALAM: Pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid menjadi penyelamat maruah skuad negara apabila jaringan pada lewat permainan membantu Malaysia menewaskan Laos 1- 0 dalam Kumpulan J p u s i n g a n kelayakan Kejuaraan Konfederas­i B o l a S e p a k A s i a ( A F C ) B a w a h 23 Tahun ( B- 23) di Stadium Shah

Alam, malam kelmarin.

Dibawa masuk pada minit ke-54, penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim ( JDT) itu berjaya menyempurn­akan sepakan bebas dari luar kotak penalti pada minit ke- 81 selepas skuad negara menampilka­n persembaha­n yang mengecewak­an.

Keputusan yang melegakan pengendali Datuk Ong Kim Swee itu membolehka­n skuad negara mengutip enam mata selepas mengalahka­n Filipina 3- 0, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, tugas berat menanti skuad negara apabila melengkapk­an jadual kumpulan dengan menentang pasukan pilihan, China, Selasa ini.

Pada aksi tersebut, Kim Swee melakukan lima pertukaran namun gagal menampilka­n aksi meyakinkan dengan ketiadaan Nik Akif Syahiran dan Muhammad Daniel Amier Norhisham amat terasa di bahagian tengah.

Kim Swee mengakui aksi anak buahnya hambar tetapi m a m p u m e n a r i k nafas lega dengan keh a d i r a n gol kemenangan pada lewat permainan

S e l e p a s gagal menyempurn­kan peluang pada babak pertama, pemain mula hilang arah, katanya selepas perlawanan itu. Dalam pada itu, ketua jurulatih Laos, V. Sundramoor­thy berkata beliau bangga dengan persembaha­n anak buahnya tetapi sedih kerana kalah menerusi sepakan bebas pada lewat permainan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERJAHAN KERAS: Safawi Rasid (atas) diasak hebat oleh pemain Laos, Kittisak Phomvongsa ketika beraksi pada perlawanan pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam kelmarin.
— Gambar Bernama TERJAHAN KERAS: Safawi Rasid (atas) diasak hebat oleh pemain Laos, Kittisak Phomvongsa ketika beraksi pada perlawanan pusingan kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 Thailand 2020 di Stadium Shah Alam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia