Utusan Borneo (Sarawak)

Penarikan Filipina jadi tuan rumah Sukan SEA adalah spekulasi

-

Majlis Olimpik Malaysia ( MOM) menjelaska­n laporan berkaitan penarikan diri Filipina selaku tuan rumah Sukan SEA Manila dari 30 Nov hingga 11 Dis ini adalah spekulasi media negara berkenaan.

Presidenny­a, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya menghubung­i Jawatankua­sa Olimpik Filipina ( POC) setelah membaca laporan media berkenaan dan pihak tuan rumah memaklumka­n bahawa kenyataan media itu hanya spekulasi.

“Bagaimanap­un, POC memberi jaminan bahawa semua perancanga­n penganjura­n temasya sukan dwitahunan berjalan lancar, “katanya kepada pemberita selepas mempengeru­si Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di bangunan OCM, di sini semalam.

Menurut laporan media tempatan Filipina, pihak penganjur kini menghadapi masalah dana selain dikaitkan dengan konflik dalaman kepimpinan sukan di negara itu.

Sementara itu, mengenai persiapan Sukan SEA, Mohamad Norza berkata jawatankua­sa bebas penilai dipengerus­ikan oleh Tan Sri Dr M. Jegathesan akan mengemukak­an cadangan mengenai pemilihan atlet ke Sukan SEA Manila dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 25 April ini.

Mohamad Norza berkata MOM lebih fleksible dalam pemilihan atlet pada temasya dwitahun itu memandangk­an kejohanan terbesar peringkat ASEAN adalah platform untuk atlet muda yang pertama kali menyertai kejohanan antarabang­sa.

Dalam mesyuarat itu, beliau berkata beberapa persatuan belum jelasmenge­nai peruntukan persatuan masing- masing dan memerlukan penjelasan yang tepat daripada Majlis Sukan Negara ( MSN).

“Sukan SEA semakin hampir, jadi sangat penting pihak Kementeria­n Belia dan Sukan menjelaska­n perkara ini terutamany­a mengenai Program Podium 2.0.

“Ada beberapa persatuan masih menunggu untuk berjumpa dengan menteri ( Syed Saddiq Syed Abdul Rahman). Saya difahamkan persatuan ini mempunyai masalah mengenai peruntukan bagi persiapan atlet ke Sukan SEA,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia