Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia teruskan rentak kemenangan

-

Misi pasukan hoki negara untuk muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama cerah apabila berjaya menewaskan Jepun 4- 3, di Stadium Azlan Shah, di sini malam kelmarin.

Kemenangan itu sekali gus menebus dendam kekalahan di tangan Jepun pada final Sukan Asia September tahun lepas.

Dalam aksi penuh debaran itu, Malaysia menunjukka­n taringnya apabila berjaya meledak dua gol seawal minit ketiga dan ketujuh masingmasi­ng menerusi Faizal Saari dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozaimi hasil gol padang.

Jepun bagaimanap­un berjaya merapatkan kedudukan apabila pukulan deras Kazuma Murata gagal ditepis kemas penjaga gol, Hairi Rahman pada minit ke- 17.

Sebelum berakhir babak pertama, pada minit ke- 25, Faizal sekali lagi berjaya menewaskan penjaga gol Jepun, Takashi Yoshikawa untuk jaringan ketiga sekali gus merakamkan gol kelima peribadi pada kejohanan kali ini.

Tujuh minit selepas babak kedua bersambung, debaran lebih 2,000 penyokong kian memuncak apabila Kota Watanabe pula berjaya meledakkan gol kedua Jepun menerusi gol padang.

Bagaimanap­un, jaringan Razie Rahim pada minit ke53 menerusi pukulan sudut penalti seakan memberi kelegaan pada penyokong skuad kebangsaan walaupun seminit kemudian Koji Yamasaki berjaya memperoleh gol ketiga Jepun menerus gol padang.

Sementara itu, Jurulatih Malaysia Roelant Oltmans mengakui permainan pada malam ini sungguh mencabar.

“Perlawanan malam in amat sengit kerana 90 peratus pemain Jepun adalah mereka yang beraksi pada Sukan Asia tahun lepas Bagaimanap­un, saya puji semangat pasukan saya untuk menang pada malam ini,” katanya.

Dengan kemenangan ini Malaysia menduduki tangga teratas carta dengan enam mata setelah memenangi dua perlawanan.

Malaysia dijadualka­n bertemu India pada malam ini dan Rabu adalah har rehat bagi semua pasukan — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia