Utusan Borneo (Sarawak)

Halep tempah pertemuan menentang Venus

-

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Simona Halep menghidupk­an peluang untuk merampas kembali ranking nombor satu dunia apabila menewaskan Polona Hercog 5-7, 7-6(7/1) dan 6-2 untuk melangkah ke pusingan 16 akhir kejohanan WTA Terbuka Miami di sini Ahad lepas.

Pemain berusia 27 tahun itu kehilangan ranking nombor satu dunia selepas Naomi Osaka memenangi Terbuka Australia pada awal tahun ini.

Tetapi dengan Osaka kecundang awal di sini Sabtu lepas, Halep boleh kembali ke ranking nombor satu dunia jika memenangi kejuaraan di sini buat kali pertama dalam kariernya.

Pemain dari Romania itu, yang juga akan menduduki ranking nombor satu dunia melangkah ke final dan Petra Kvitova tidak muncul juara, harus mempamerka­n aksi yang lebih baik berbanding ketika menentang Hercog, pemain ranking ke-93 dunia dari Slovenia.

“Beliau bermain dengan hebat sekali dan ia perlawanan yang sukar,” kata Halep, yang melakukan 48 pukulan kemenangan berbanding 38 dari lawannya.

“Ia adalah hari yang bagus untuk bermain selama hampir tiga jam. Saya menemui rentak saya secara perlahan- lahan tetapi saya sentiasa percaya saya mampu mengharung­i kejohanan yang baik.”

Di pusingan seterusnya, beliau akan menentang Venus Williams, yang menamatkan cabaran Daria Kasatkina dari Rusia 6-3 dan 6-1.

Halep, juara Terbuka Perancis 2018 dan pemain ranking ketiga dunia ketika ini, tiga di Miami selepas gagal layak ke pusingan 16 akhir di Indian Wells dan ke suku akhir di Dubai.

Beliau bermula hambar, dengan Hercog mendahului 3-1.

Tetapi Halep berjaya bangkit untuk mengikat kedudukan 4-4 dan satu lagi tempoh hambar menyebabka­n beliau tewas set pertama.

Halep mempamerka­n aksi yang lebih memberangs­angkan pada set kedua dan terlepas peluang menamatkan permainan lebih awal apabila mendahului 5-3, sebelum Hercog mengikat kedudukan 5-5. Pengalaman mungkin memihak kepada Halep, yang akhirnya menang pada permainan tiebreak untuk membawa ke set ketiga, yang kelihatan dikuasai sepenuhnya oleh Halep untuk mengesahka­n tempat ke peringkat seterusnya. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? AKSI MANTAP: Pemain pasukan Malaysia Faizal (tengah) melepaskan pukulan di hadapan gawang gol ketika menentang pasukan Jepun pada saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama AKSI MANTAP: Pemain pasukan Malaysia Faizal (tengah) melepaskan pukulan di hadapan gawang gol ketika menentang pasukan Jepun pada saingan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Hoki Azlan Shah, Ipoh semalam.
 ??  ?? HALEP
HALEP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia