Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic ketepi Delbonis, di landasan lakar rekod kejuaraan ketujuh Siri Master Miami

-

MIAMI, Amerika Syarikat (AS): Novak Djokovic masih berada di landasan untuk satu rekod kejuaraan ketujuh pada kejohanan Siri Master Miami di sini tetapi pemain nombor satu dunia itu mengakui kehilangan fokus ketika menang 75, 4-6 dan 6-1 ke atas Federico Delbonis dan mengesahka­n tempat ke pusingan 16 akhir kejohanan Ahad lepas.

Djokovic berharap untuk mengatasi rekod yang dipegang bersama-sama dengan Andre Agassi di sini dan walaupun pemain berusia 31 tahun itu mengharung­i beberapa permainan hambar di Stadium Hard Rock, beliau masih memiliki kualiti pada mata penting untuk menamatkan cabaran Delbonis.

Jaguh dari Serbia itu bagaimanap­un tidak gembira apabila mensia-siakan pendahulua­n 5-2 sehingga Delbonis berjaya mengikat kedudukan 5-5 tetapi akhirnya menang dua mata seterusnya untuk memenangi set pertama.

Beliau perlu meningkatk­an permainan jika mahu melangkah jauh dengan Roberto Bautista Agut menanti di pusingan kedua selepas pemain dari Sepanyol itu menewaskan Fabio Fognini dari Itali 6-4 dan 6-4.

“Secara jujurnya, saya hilang fokus,” kata Djokovic. “Saya seharusnya melakukan yang lebih baik dari segi mental berbanding pada akhir dua set pertama.

“Saya berjaya bermain dengan baik pada beberapa permainan terakhir set pertama dan kemudian bermain dengan buruk sekali ( set kedua). Pujian kepada Federico, beliau meningkatk­an permainann­ya.”

Djokovic kelihatan beraksi cemerlang ketika menewaskan Bernard Tomic di pusingan kedua dan mengekalka­n rentak pada awal permainan menentang Delbonis apabila mendahului 5-2.

Namun beliau gagal menamatkan permainan pada tiga permainan seterusnya, membolehka­n pemain dari Argentina itu mengikat kedudukan 5-5.

Djokovic ternyata kecewa dengan dirinya sendiri dan ada menerima amaran dari umpire perlawanan kerana menghempas raketnya ke lantai.

Apa pun, pengalaman lebih memihak kepada Djokovic apabila memenangi dua mata seterusnya untuk memenangi set pertama.

Mungkin terkesan dengan kegagalan menamatkan set pertama lebih awal, Djokovic gagal mengekalka­n rentak memberangs­angkan pada set kedua apabila Delbonis berjaya mengikat kedudukan untuk membawa ke permainan set penentuan.

Pada set ketiga, Djokovic mengubah ment a l i t i n y a dan mempamerka­n aksi yang l e b i h meyakinkan untuk mengesahka­n kemaraan ke pusingan keempat.

Pada perlawanan lain, juara bertahan, John Isner, juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan Albert Ramos- Vinolas dari Sepanyol 75 dan 7-6(8/6) untuk menempah pertemuan menentang Kyle Edmund, yang menewaskan jaguh Kanada, Milos Raonic 6-4 dan 6-4. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia