Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM harap kehadiran tiga pemain Perlis ubah nasib

-

Pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) berharap penyertaan tiga bekas pemain Perlis mampu mengubah kedudukan skuad ‘The Cops’ yang kini menghuni kedudukan tercorot Liga Premier 2019.

Tiga pemain tersebut adalah penjaga gol, Shahril Saari, pemain tengah, Shukor Azmi serta pemain pertahanan, Azmizi Azmi.

Pengurus pasukan, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar berkata, beliau amat berharap kehadiran tiga pemain berpengala­man berkenaan dapat menampung kekurangan skuad berkenaan, selain menyelamat­kan karier tiga pemain berkenaan susulan pembatalan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Malaysia 2019.

“Lanjutan tem[poh pendaftara­n 30 hari yang diberikan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi saya amat baik sekali kerana ia berikan kami ruang yang cukup sebelum buat keputusan mengambil tiga pemain ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

“Saya percaya kehadiran Shahril terutamany­a yang telah beraksi ketika menentang UKM (sebelum ini), selain Azmizi bakal berikan impak yang besar di bahagian pertahanan nanti, ”katanya.

Dalam pada itu, Azmizi Azmi menarik nafas lega kerana diberikan peluang beraksi bersama PDRM pada saat-saat akhir, sambil berterima kasih kepada MFL yang bertimbang rasa terhadap nasib pemain Perlis.

“Saya pun tidak jangka akan dapat bermain lagi pada musim ini sebaik Perlis telah dibatalkan penyertaan kerana syarat 30 hari itu benar-benar membantu kerana bukan senang hendak dapatkan pasukan baharu dalam situasi sebegini.

“Saya tidak mahu berjanji apa-apa kepada PDRM, tetapi sudah tentu mahu bantu mereka dapatkan keputusan lebih baik pada per- lawanan akan datang,” jelas pemain berusia 32 tahun itu yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini termasuk Kedah, Felda United dan PKNS FC.

MFL pada 20 Feb lalu membatalka­n penyertaan Perlis berkuat kuasa sertamerta dalam semua pertanding­an Liga Malaysia memandangk­an pasukan itu tidak memiliki jaminan kewangan kukuh untuk mengharung­i saingan Liga Malaysia sehingga penghujung musim ini.

Ahli Lembaga Pengarah MFL, bagaimanap­un, bersetuju beri kelonggara­n kepada pemain Perlis mencari pasukan baharu selama 30 hari sejak 20 Feb bagi membolehka­n mereka mencari pasukan baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BARISAN MANTAP: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama BARISAN MANTAP: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pasukan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-212 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia