Utusan Borneo (Sarawak)

Bantuan penyokong jayakan misi Malaysia atasi China

-

Kapten skuad Bawah 23 Tahun (B23) negara, Muhammad Safawi Rasid menyifatka­n penyokong sebagai sumber semangat untuk Malaysia menewaskan China pada aksi terakhir Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2020, malam ini.

Penyerang Johor Darul Ta’zim ( JDT) itu melihat aksi berdepan China ibarat perlawanan final dan sekiranya terdapat ‘bantuan’ untuk Malaysia mengesahka­n tempat ke pusingan akhir di Bangkok tahun depan ia datang daripada penyokong.

Jelas beliau, penyokong adalah satu daripada kelebihan dimiliki Malaysia sepanjang kempen kelayakan itu yang bermula sejak Jumaat lepas.

“Sejujurnya bagi saya kita ada banyak kelebihan...kita dapat beraksi di laman sendiri dengan sokongan penyokong sendiri. Perlawanan dengan China ini ibarat final, jadi saya dan kawan-kawan berharap kehadiran penuh penyokong ke stadium pada perlawanan itu,” katanya.

Dalam aksi menentang Laos malam kelmarin, Muhammad Safawi menceriaka­n hampir 10,000 penyokong di Stadium Shah Alam selepas menjaringk­an gol kemenangan menerusi sepakan percuma pada minit ke-81 membantu Malaysia mencatat kemenangan 1-0.

Pada masa sama, beliau menggesa rakan sepasukan bangkit untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan skuad kendalian bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea, Guus Hiddink itu nanti.

“Bagi saya dan rakanrakan sepasukan kami aku ia ( aksi menentang Laos) satu persembaha­n yang tidak memuaskan. Jadi berdepan China nanti, kami akan bangkit dan bermain dengan lebih baik daripada hari in (Ahad) dan layak ke pusingan akhir,” tambah beliau.

Sebagai rekod, China mengatasi Malaysia 2- 1 dalam aksi persahabat­an sebelum menghadapi Sukan Asia 2018 Jakarta- Palembang, Ogos tahun lepas yang menjad pertemuan terakhir keduadua pasukan.

Kemenangan ke atas China malam ini memastikan Malaysia mara ke pusingan akhir secara automatik dan dijangka berdepan peluang tipis mengesahka­n slot jika gagal menundukka­n China — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia