Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM jayakan kempen ‘No Aedes, No Denggi’ dan bengkel ‘Team Building’

-

PERSATUAN Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No.1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.5 telah berjaya menganjurk­an kempen kesihatan ‘No Aedes, No Denggi’ dan bengkel ‘Team Building’ pada Sabtu lalu.

Objektif penganjura­n bengkel ialah untuk mendidik ahli-ahli mengenai langkahlan­gkah pencegahan dan penghapusa­n nyamuk aedes selain memberi pendedahan untuk mereka bekerja sebagai satu pasukan.

Pada bengkel tersebut, diadakan ceramah mengenai No Aedes, No Denggi oleh guru yang bertanggun­gjawab bagi PBSM Malayia SMK Bandar Kuching.

Manakala ceramah kesihatan diadakan untuk mendidik pelajar mengenai pencegahan penyebaran demam denggi.

Turut diadakan pada program itu ialah aktiviti sukaneka dan latihan kerja berkumpula­n. SERAMAI 44 peserta terdiri daripada guru-guru dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengikuti Kursus Keselamata­n Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng di Miri, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Law Poh Kiong berkata peserta hadir pada kursus bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang itu adalah dari 20 buah tabika dan taska di sini.

“Kursus ini adalah anjuran bersama JBPM Zon 6 Miri dan KEMAS Bahagian Miri untuk Kelab Keselamata­n Kebakaran Kanak-Kanak (Kelab 3K).

“Antara aktiviti dijalankan ialah pengenalan kepada peranan Bomba dan Akta Bomba, modul keselamata­n kebakaran, kelas pertolonga­n cemas, pengungsia­n bangunan, kaedah menggunaka­n alat pemadam api dan demo kebakaran di dapur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ia dikelolaka­n oleh Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Ahmad Nizam Sapaiee, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Francis Aceh Angai, PPgB Zulbada Alior, PPgB Mohamad Ammar Firdaus Ithnin, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Rorudi Umas dan Pegawai Bomba (PB) Ariffin Arbi.

Salah seorang peserta, Nurul Akmal Arbi ketika ditemui menyifatka­n penyertaan kursus tersebut cukup bermakna kerana banyak ilmu dan pengetahua­n baharu dipelajari.

“Untuk cikgu-cikgu sekolah memang banyak benda perlu didedahkan mengenai keselamata­n kebakaran kepada murid-murid apatah lagi kanak-kanak tabika dan taska masih memerlukan bimbingan.

“Banyak ilmu diperolehi seperti jenis-jenis api, cara-cara memadam api, mengelak kebakaran terjadi dan langkah awal selamatkan orang,” katanya bertugas sebagai guru Tabika KEMAS Kampung Muhibbah Kuala Baram.

Selain itu, melalui kursus itu guru-guru tabika dan taska boleh menggalakk­an murid-murid untuk menyimpan cita-cita menjadi pegawai bomba.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Guru Besar SJK Chung Hua No.5, Kuching Chin Mui Ling bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Bandar Kuching No.1 Yip Seiw Lan dan Liaw Bee Lan serta ahli jawatankua­sa bengkel itu merakamkan gambar kenangan.
UNTUK KENANGAN: Guru Besar SJK Chung Hua No.5, Kuching Chin Mui Ling bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Bandar Kuching No.1 Yip Seiw Lan dan Liaw Bee Lan serta ahli jawatankua­sa bengkel itu merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? KURSUS: Guru-guru dan kakitangan KEMAS Miri mengikuti Kursus Keselamata­n Kebakaran bersama Ahmad Nizam (duduk tengah, kiri) dan Zulbada (duduk tengah, kanan).
KURSUS: Guru-guru dan kakitangan KEMAS Miri mengikuti Kursus Keselamata­n Kebakaran bersama Ahmad Nizam (duduk tengah, kiri) dan Zulbada (duduk tengah, kanan).
 ??  ?? PADAM API: Seorang peserta mencuba memadamkan kebakaran menggunaka­n alat pemadam api.
PADAM API: Seorang peserta mencuba memadamkan kebakaran menggunaka­n alat pemadam api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia