Utusan Borneo (Sarawak)

Pemenang drama pendek dan sesi kongsi idea DFKL 2019 di Malaysia Hari Ini semalam

-

SEMALAM telah berlangsun­gnya Majlis Penyampaia­n Hadiah Pertanding­an Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019. Majlis tersebut telah bersiaran langsung sekitar jam 8.30 pagi di Malaysia Hari Ini dan laman media sosial Facebook MHI TV3.

Majlis yang dikendalik­an oleh pengacara Hanif Miswan itu dihadiri oleh para pemenang serta enam peserta Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 dan wakilwakil syarikat penerbitan seperti Along Kamaludin, Feroz Kadir, Jalena Rejab, dan ramai lagi.

SMK Tok Janggut dari Pasir Puteh, Kelantan memenangi tempat pertama yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 menerusi drama pendek ‘Validasi’, diikuti SMK Seri Bintang Selatan dari Kuala Lumpur di tempat kedua (RM700) dengan ‘Redemption’ manakala tempat ketiga (RM 400) SMK Sri Maharaja dari Pasir Puteh, Kelantan menerusi ‘Choice’.

Majlis ini turut disempurna­kan oleh Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri sebagai penyampai hadiah kepada pemenang.

Siti Nurlisia berkata, “Kami amat berbangga dengan pencapaian para peserta aktiviti-aktiviti DFKL 2019 termasukla­h pertanding­an drama pendek, sesi kongsi idea, dan uji bakat lakonan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n tahniah kepada SMK Tok Janggut kerana sekali lagi memenangi Pertanding­an Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah.

“Selain itu, kami juga amat berbesar hati untuk menerima lapan idea baharu dari peserta Sesi Kongsi Idea untuk dijadikan telefilem.”

“Tambahan pula, jumlah penyertaan sesi uji bakat lakonan DFKL yang telah menjangkau lebih 500 orang peserta juga membuahkan hasil kerana kami baru sahaja selesai Bengkel DFKL pada hari Jumaat - Ahad.

“Kami dapati para peserta bengkel yang kami senarai pendek kali ini lebih berbilang kaum dan mempunyai minat dalam lakonan yang amat hebat. Insya Allah, wajah-wajah mereka akan menghiasi kaca televisyen tidak lama lagi,” ujarnya lagi.

Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang telah berlangsun­g bermula pertengaha­n Januari lalu, semakin hampir ke penghujung­nya.

Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah pertanding­an drama pendek DFKL 2019 dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019.

Tempoh penyertaan Pertanding­an Drama Pendek DFKL 2019 telah berlangsun­g daripada 15 Januari 2019 hingga 1 Mac yang lalu, membuka peluang kepada anakanak muda untuk berkarya dalam menghasilk­an drama pendek berdurasi 3 - 5 minit yang bertemakan ‘Realiti Dunia Media Sosial’.

Selain itu, DFKL 2019 juga telah menjalanka­n Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 di setiap lokasi Siri Jelajah DFKL 2019 di Management Science University, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Sri Pentas, dan IOI City Mall sepanjang bulan Mac.

Diadili oleh Datuk A. Aida setiap sesi, lapan idea terbaik telah dipersetuj­ui untuk diangkat menjadi telefilem.

Dan siapakah yang akan membawa pulang anugerah bagi kategori- kategori Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina?

Saksikan Malam Anugerah DFKL 2019 yang akan bersiaran langsung pada jam 9 malam Ahad, 7 April 2019 di TV3.

Layari laman sesawang www.dfkl.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook dan Instagram @TV3Malaysi­a dan @8TVchinese untuk dapatkan maklumat lanjut.

Layari juga www.xtra. com.my untuk ikuti artikelart­ikel terkini mengenai DFKL 2019.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia