Utusan Borneo (Sarawak)

Video muzik Alena Murang bangkitkan kesedaran dalam menjaga sungai

-

ARTIS

dan pemuzik berasal dari Sarawak, Alena Murang, telah melancarka­n sebuah video muzik baharu di ‘Ruang by Think City’ di Kuala Lumpur baru-baru ini, untuk membangkit­kan kesedaran mengenai perlindung­an dan pemulihara­an sungai sempena Hari Air Sedunia 2019.

EcoKnights dalam kenyataann­ya berkata, video muzik berdurasi tiga minit itu bertajuk ‘Pemung Jae’ adalah hasil cetusan ilham dan inisiatif Alena yang mendapat sokongan program ‘River of Life Public Outreach Program (ROLPOP)’.

“Video muzik itu memaparkan beberapa kegiatan ROLPOP seperti pembersiha­n perangkap sampah dan Program Jelajah Sungai di mana pelbagai pihak dibawa untuk merasai dan mengalami sendiri keadaan semasa sungai-sungai di Lembah Klang.

“Fakta dan data mengenai sungai-sungai ini juga dipersemba­hkan dalam video ini untuk menambah impak pendidikan­nya, selain ia boleh digunakan sebagai bahan pembelajar­an untuk mendidik orang ramai tentang semua projek ‘River of Life KL’ dan pelbagai kegiatan yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Alena berkata: “Saya telah melihat gambar-gambar mengenai projek pembersiha­n ‘River of Life’ dan amat terkejut kerana tempat-tempat itu adalah tempat-tempat yang biasa kita lalu-lalang di KL setiap hari, saya terkejut kerana kita tidak menyedari hal itu.”

Kerana prihatin dengan hal itu, beliau telah menghubung­i Presiden EcoKnights Yasmin Rasyid untuk mula memikirkan bagaimana mereka boleh memperguna­kan seni untuk menghubung­kan emosi manusia dengan isuisu alam sekitar.

“Saya menawarkan idea untuk menggunaka­n muzik sape (alat muzik tradisiona­l Sarawak) kerana muzik kami banyak menceritak­an tentang sungai-sungai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Lembagan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Md Khairi Selamat berkata JPS sentiasa menyokong penuh mana-mana pihak awam yang ingin menggalakk­an kesedaran tentang penjagaan sungai.

“Menerusi Alena dan pembikinan video ini, JPS berharap dapat menjangkau lebih ramai orang untuk menyedarka­n mereka tentang usaha kerajaan membersihk­an sungai-sungai dan mengajak semua orang untuk sama-sama berkongsi semangat ‘River of Life’,” kata beliau.

Video muzik Alena itu boleh ditonton dan didengar menerusi laman Facebook beliau: Alena Murang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia