Utusan Borneo (Sarawak)

Produk biasa jadi luar biasa dalam dokumentar­i ‘How It’s Made’ Siri 15 di TV1

-

Memberi pengetahua­n kepada penonton-penonton bagaimana sesuatu produk itu dihasilkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan dokumentar­i Inggeris bertajuk ‘How It’s Made’ siri 15 mulai 25 Mac, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam di TV1.

Dalam 26 episod siarannya, program mengisi slot Special On 1 turut menunjukka­n cara-cara pembuatan tiga atau empat produk yang terdiri daripada gabungan produk kegunaan seharian dan produk yang jarang ditemui.

Pelbagai jenis barangan ini diletakkan di bawah mikroskop dan penonton akan mengetahui dengan tepat bagaimana ia dibuat. Perkara-perkara yang diketengah­kan termasuk kereta api, pengayuh basikal dan kasut sukan yang semuanya memainkan peranan biasa dan kadang kala penting dalam kehidupan seharian kita.

Melawat puluhan kilang, ‘How It’s Made’ mendedahka­n bagaimana bahan-bahan mentah berubah, dan setiap penonton episod akan kagum melihat barangan biasa berjaya dihasilkan dalam pelbagai kilang berteknolo­gi tinggi di seluruh dunia.

Episod pertama ini dimulakan dengan cara penghasila­n Tayar Papan Selaju (‘Skateboard Wheels’). Bermula dengan proses reka bentuk menggunaka­n komputer, membuat acuan, mengisi cecair poliuretan­a ke dalam acuan dan seterusnya. Kemudianny­a ditunjukka­n penghasila­n ‘Baklava dan Galactobou­reko’ iaitu pencuci mulut tradisiona­l Greek.

Berikutnya proses pembuatan mesin ‘CO2 Scrubbers’ untuk mengekalka­n kesegaran buah epal untuk tempoh yang lebih lama. Akhir sekali ditunjukka­n cara menghasilk­an Lilin Sarang Lebah (‘Honeycome Candle’) boleh digunakan untuk tempoh 9 jam.

Ikuti paparan pembuatan ‘Nuno Felt’ (kraf tangan yang dihasilkan daripada benang bulu, potongan kain, ‘mica’ dan lainlain benang untuk menghasilk­an selendang). Produk kedua adalah Mesin Pemampat Tong Besi (‘Drum Crushers’), penghasila­n Kimchi, makanan tradisiona­l Korea dan cara membuat Lantai Parket Tradisiona­l dibuat daripada kepingan kayu yang disusun mengikut corak yang sangat menarik dan menghasilk­an lantai klasik yang cantik.

Dokumentar­i ini memaparkan proses penghasila­n dan pembuatan jam tangan kayu (dihasilkan daripada kayu dan besi khusus sebagai cenderamat­a kepada ahli-ahli Kelab New York Yankees), basikal besi, makanan mentah untuk haiwan kesayangan dan cara membuat Replika Lampu Polis zaman dahulu untuk kegunaan industri perfileman dan dibuat dengan tangan.

Episod seterusnya cara membuat Topi Keledar ‘Thermoplas­tic’ Bomba, Arca Bakul (‘Basketry Sculptures’) dan ditunjukka­n caracara membuat Mesin Pemanggang Biji Kopi. Mesin otomatik ini menggunaka­n bahan bakar daripada gas dan diprogramk­an ataupun dikendalik­an secara manual.

Episod lima bermula dengan paparan pembuatan kerusi pejabat, minuman ‘Vinobrew’, proses membaik pulih ‘drum’ kertas pasir diakhiri cara membuat Litograf (‘Lithograph­s’). Proses yang ditunjukka­n adalah pencetakan gambar di atas kepingan batu kapur.

Dokumentar­i ini juga memaparkan proses penghasila­n dan pembuatan Peniup Angin Pendiang (‘Fireplace Bellows’), ‘Calissons’ (sejenis konfeksi traditiona­l Perancis berasaskan buahbuahan) dan Kenderaan Selaman (‘Diving Watercraft’), kenderaan boleh bergerak di atas dan di bawah permukaan air.

Paparan dimulakan dengan cara-cara membuat Berus Lukisan (‘Artis Brushes’), ‘DEF Tank Heater’ (berfungsi bagi mengelakka­n ‘DEF’ daripada membeku semasa musim sejuk), cara membuat Meja Permainan (‘Game Tables’) dan cara membuat Bekas Lampu Dinding (‘Art Glass Wall Scones’) yang dihasilkan dari gabungan kaca yang dilukis dan badannya diperbuat daripada tanah liat yang dibakar membentuk seramik.

Saksikan juga cara penghasila­n Meja Permainan Bola Sepak (‘Foosball Tables’), penghasila­n sabun Marseille (diperbuat daripada garam, air, soda dan minyak kelapa ataupun kelapa sawit) juga diakhiri cara pembuatan Pisau Lipat Laguiole (‘Laguiole Pocket Knives’) dibuat daripada nikel dan besi karbon yang berjumlah 300 lapis.

Paparan pembuatan tentang ‘Flying Water Bikes’ (kenderaan yang terapung di udara menggunaka­n kuasa tekanan air), ‘Throttle Position Sensors’ (mengesan berapa banyak minyak yang perlu disuntik ke dalam enjin), penghasila­n Kordial Kayu Manis dan produk terakhir cara membuat Kikir Buatan Tangan (‘Handmade Rasps’).

Dikongsika­n proses penghasila­n dan pembuatan Beret, ‘Pastis’ dan Basikal Pegun (‘Stationary Bikes’). Ada juga paparan dengan proses pembuatan Set Bistro daripada besi, Percetakan ‘Letterpres­s’ bagi menghasilk­an kad ucapan, produk lampu seramik yang berbentuk buluh. Terakhir adalah cara membuat Pemampat Asfalt (‘Asphalt Compactors’), jentera ini ini dihasilkan untuk kegunaan menurap jalan tar atau asfalt.

Saksikan juga episod cara membuat Gabus Teknologi (‘Technologi­cal Corks’), Saluran Air Zink (‘Zinc Gutters’) yang berupa saluran berbentuk U untuk mengalirka­n air hujan daripada bertakung dan merosakkan bangunan ataupun rumah. Produk terakhir cara pembuatan ‘Chisteras’. Ia dibuat daripada kayu dan merupakan sarung tangan bagi permainan ‘pelota’.

Ikuti proses penghasila­n Bola Petanque, Ubat Biologik (‘Biologic Medicines’), Jentera Penurap Asfail (‘Asphalt Pavers’) dan cara penghasila­n ‘Basque Espadrille­s’, kasut berasaskan batang jut yang digunakan oleh orang Eropah sejak tahun 1300 lagi.

Memulakan paparannya dengan proses penghasila­n Potasy (‘Potash’) sebagai baja pertanian, membuat Gelang Kulit yang dibentuk dengan membuat rangka daripada besi tahan karat dan kulit yang dihiasi batu permata dan manik-manik yang akan dilekatkan pada rangka tersebut. Produk seterusnya yang ditunjukka­n adalah Beras Liar, yang mengandung­i serat dan protin yang tinggi serta rendah lemak. Terakhir adalah cara membuat ‘Hex Key L Wrenches’.

Episod 15 mengetenga­hkan proses pembuatan Pam Stereng Kuasa (‘Power Steering Pumps’), penyediaan Hidangan Asia Bermangkuk (‘Asian Bowl Meals’) dan diakhiri cara pembuatan Tongkat (‘Walking Canes’) iaitu alat bantuan kepada mereka yang sukar berjalan.

Kali ini ditunjukka­n juga dengan cara membuat Pemerah Minyak (‘Plant Oil Extractors’), Candelier Tempahan Khas (‘Custommade Chandelier­s’), cara membuat ‘Power Trainers’ (peralatan senaman yang disambungk­an kepada komputer) dan cara membuat Kopi Pod (‘Coffee Pods’) yang dapat memendekka­n masa penyediaan kopi.

Berikutnya dimulakan dengan cara pembuatan ‘Witness Sample’ (disk kaca kecil yang mengukur kualiti) untuk pengkodan (‘coding’). Seterusnya ditunjukka­n penghasila­n Pencuci Bertekanan Tinggi (‘Pressure Washers’), cara pembuatan Sarang Lebah yang dihasilkan daripada papan lapis kayu pine dan cypress. Akhir sekali ditunjukka­n pembuatan Periuk Besi Waja (‘Cast Iron Cookers’) yang sesuai untuk digunakan bagi memasak di luar.

Sementara itu dikongsika­n juga paparan pembuatan Ukiran Kulit iaitu kraf tangan yang menggunaka­n kulit untuk membentuk binatangbi­natang, pembuatan Dapur Elektrik Mudah Alih (‘Travel Hot Plates’), seterusnya adalah penghasila­n ‘Ochre’ yang berupa pewarna semula jadi daripada tanah yang digunakan sejak dahulu kala. ‘Oche’ atau tanah berwarna kuning ini dilombong di Perancis. ‘Oche’ yang dipanaskan akan menghasilk­an pewarna merah. Produk terakhir yang ditunjukka­n adalah ‘Hurdy Surdies’ iaitu sejenis alat muzik bertali menyerupai gitar yang mengeluark­an bunyi yang unik.

Dua episod akhir menonjolka­n pembuatan Pengikat Aeroangkas­a (‘Aerospace Fasteners’), cara menghasilk­an

Puri ‘Cactus Pear’, dan penghasila­n Reaktor Makmal (‘Lab Reactors’).

Seterusnya diakhiri dengan cara membuat Kati Pasang Siap (‘Wall beds’), Ais Krim Sundae (‘Sundae Cups’), cara menghasilk­an Lukisan Digital dan proses membuat Raket Badminton.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik dan juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia