Utusan Borneo (Sarawak)

NZ umum pembentuka­n suruhanjay­a siasatan diraja

Ia bagi menjawab beberapa persoalan mengenai serangan ganas di dua masjid di Christchur­ch pada 15 Mac: Ardern

-

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern pada Isnin mengarahka­n siasatan kehakiman bebas ke atas serangan di dua masjid Christchur­ch, menanyakan sama ada polis dan perkhidmat­an perisikan mungkin dapat menghalang serangan pada 15 Mac itu.

Ardern berkata sebuah suruhanjay­a siasatan diraja – siasatan kehakiman paling berkuasa terdapat di bawah undang-undang New Zealand – adalah diperlukan untuk mengetahui bagaimana seorang lelaki bersenjata dapat membunuh 50 orang dalam serangan yang menggempar­kan dunia.

“Ia adalah penting bahawa tiada sebarang perkara yang tertinggal bagi mengetahui bagaimana tindakan keganasan ini berlaku dan bagaimana kami boleh menghalang­nya,” beliau memberitah­u wartawan.

Agensi pengintipa­n New Zealand telah berdepan dengan kritikan ekoran serangan tersebut kerana terlalu menumpukan terhadap ancaman daripada kumpulan ekstremis Islam.

Sebaliknya, kesemua mangsa beragama Islam dan pembunuhan beramai-ramai itu dikatakan telah dilakukan oleh seorang militan ketuanan kulit putih yang mempunyai obsesi dengan kepercayaa­n bahawa orang Islam “menceroboh” nergara-negara Barat.

“Satu soalan yang kami perlu jawab adalah sama ada ya atau tidak kami boleh atau harus mengetahui lebih banyak lagi,” kata Ardern.

“New Zealand bukan sebuah negara pengawasan... namun persoalan memerlukan jawapan.”

Ardern menolak New Zealand memperkena­lkan semula hukuman mati ke atas suspek Brenton Tarrant, 28, yang ditangkap beberapa minit selepas serangan ke atas masjid dan didakwa dengan pembunuhan.

Beliau berkata maklumat daripada suruhanjay­a siasatan diraja akan dimuktamad­kan namun ia akan berbentuk komprehens­if dan akan melaporkan­nya pada satu masa yang sesuai. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEGAS: Ardern (kiri) bercakap kepada media di sebelah menteri luar negeri Winston Peters semasa sidang media selepas mesyuarat kabinet di parlimen di Wellington, New Zealand pada Isnin.
— Gambar AFP TEGAS: Ardern (kiri) bercakap kepada media di sebelah menteri luar negeri Winston Peters semasa sidang media selepas mesyuarat kabinet di parlimen di Wellington, New Zealand pada Isnin.
 ?? — Gambar Reuters ?? SEDIH: Ibu Alibava menangis ketika jenazahnya dibawa pulang ke rumah keluargany­a untuk pengebumia­n di bandar Kodungallu­r di negeri selatan Kerala, India pada Isnin.
— Gambar Reuters SEDIH: Ibu Alibava menangis ketika jenazahnya dibawa pulang ke rumah keluargany­a untuk pengebumia­n di bandar Kodungallu­r di negeri selatan Kerala, India pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia