Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram bunuh tujuh penduduk kampung dekat sempadan Nigeria

-

Militan Boko Haram membunuh sekurangku­rangnya tujuh penduduk kampung dalam satu siri serangan di barat laut Niger berhampira­n sempadan dengan Nigeria, kata seorang pegawai tempatan dan NGO pada Ahad.

Militan tersebut melancarka­n tiga serbuan berasingan semalaman Sabtu lepas, menurut seorang pegawai kanan di wilayah Diffa, yang bersempada­n dengan timur laut Nigeria, pangkalan Boko Haram.

Semasa serbuan tersebut mereka telah membunuh tujuh orang, menculik dua wanita dan membakar sebuah pasar serta beberapan rumah, kata pihak berkuasa.

Alternativ­e Espace Citoyen, sebuah kumpulan yang aktif di wilayah itu, menghantar satu mesej dalam Facebook menyatakan terdapat empat serangan di mana 11 orang terbunuh.

Pada Khamis lepas sahaja, serangan Boko Haram di Karidi, sebuah kampung di sempadan dengan Nigeria, mengorbank­an lapan nyawa termasuk seorang wanita, menurut pegawai tempatan.

Pada 9 Mac, militan membunuh sembilan anggota tentera Niger dalam serangan di kawasan yang sama. Serta tujuh anggota tentera lagi terkorban pada bulan lepas dalam serangan Boko Haram ke atas kedudukan mereka berhampira­n sempadan.

Pada awal bulan ini, pihak berkuasa di Niger berkata mereka telah membunuh 33 anggota Boko Haram dalam satu operasi di wilayah ber- kenaan.

Diffa, yang bersempada­n dengan bahagian timur laut Nigeria, telah mengalam satu siri serangan merentas sempadan.

Dianggarka­n 27,000 orang maut dan dua juta kehilangan tempat tinggal sejak Boko Haram melancarka­n pemberonta­kannya pada 2009.

Lake Chad, yang merentangi beberapa bahagian Niger, Nigeria dan Chad, telah menerima kesan daripada serangan langgar lari oleh militan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia