Utusan Borneo (Sarawak)

Guru dari kampung terpencil Kenya ‘yang terbaik di dunia’, menang $1 juta

-

Seorang guru matematik dan fizik dari sebuah sekolah menengah di sebuah kampung terpencil di Rift Valley di Kenya telah memenangi Hadiah Guru Global 2019 sebanyak $1 juta, kata penganjur.

Peter Tabichi, yang menurut penganjur telah memberikan 80 peratus daripada hasil pendapatan bulanannya kepada orang miskin, menerima hadiah tersebut dalam satu majlis pada Sabtu lepas di Dubai yang dihoskan oleh bintang Hollywood Hugh Jackman.

“Setiap hari di Afrika kami membuka satu lembaran baharu dan satu babak baharu... hadiah ini tidak mengiktira­f saya namun mengiktira­f golongan muda di benua yang hebat ini. Saya berada di sini hanya kerana apa yang telah dicapai oleh para pelajar saya,” kata Tabichi.

“Hadiah ini memberikan mereka satu peluang. Ia menceritak­an kepada dunia bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja,” tambah beliau selepas mengalahka­n sembi- lan finalis dari seluruh dunia untuk merangkul anugerah tersebut.

Varkey Foundation berpusat di Dubai, yang menganjurk­an acara dan menyerahka­n hadiah buat kali kelima, memuji “dedikasi, kerajinan dan kepercayaa­n penuh Tabichi terhadap bakat pelajarnya”.

Apabila semua ini digabung, katanya dalam satu kenyataan “telah membawa sekolah beliau yang kekurangan sumber di pedalaman terpencil Kenya untuk mencapai kejayaan selepas turut bersaing dengan sekolah-sekolah terbaik dalam pertanding­an sains di negara tersebut”.

Tabichi, 36, mengajar di Keriko Mixed Day Secondary School di perkampung­an Pwani, di satu bahagian separuh kering dan terpencil di Rift Valley di Kenya, di mana kemarau dan kebuluran kerap berlaku.

Kira-kira 95 peratus pelajar sekolah berasal daripada keluarga miskin, hampir satu pertiga adalah anak yatim piatu atau hanya mempunyai salah seorang daripada ibu bapa, dan ramai yang tiada makanan di rumah,” tambah kenyataan tersebut.

“Penyalahgu­naan dadah remaja yang mengandung tidak menghabisk­an persekolah­an, perkahwina­n pada usia muda dan bunuh dir adalah perkara biasa.”

Untuk pergi ke sekolah sebahagian pelajar terpaksa berjalan sejauh tujuh kilometer di sepanjang jalan raya yang menjadi tidak dapat dilalui semasa musim hujan.

Sekolah tersebut, dengan kadar pelajar guru 58 berbanding 1, hanya memiliki sebuah komputer ‘ desktop’ untuk pelajar dan Internet yang kurang baik, namun di sebalik itu Tabichi “menggunaka­n ICT sebanyak 80 peratus dalam pembelajar­annya untuk melibatkan pelajar”, menurut yayasan.

Presiden Kenya Uhuru Kenyatta mengucapka­n tahniah kepada Tabichi dalam satu mesej video, menyatakan “kisah anda merupakan kisah Afrika, sebuah benua baharu yang memiliki banyak bakat”. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERBAIK: Gambar serahan Global Education and Skills Forum pada Ahad menunjukka­n Tabich menjulang trofi Hadiah Guru Global 2019 semasa majlis yang berlangsun­g di Dubai.
— Gambar AFP TERBAIK: Gambar serahan Global Education and Skills Forum pada Ahad menunjukka­n Tabich menjulang trofi Hadiah Guru Global 2019 semasa majlis yang berlangsun­g di Dubai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia