Utusan Borneo (Sarawak)

UNSC beri pengecuali­an sekatan bagi bantuan kemanusiaa­n ke Korea Utara

-

Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) telah memberikan pengecuali­an sekatan bagi membolehka­n satu projek kemanusiaa­n yang bertujuan meningkatk­an tahap kesihatan dan nutrisi kanak-kanak di Korea Utara berjalan lancar, lapor agensi berita Yonhap memetik laman sesawang badan dunia itu.

Pengecuali­an itu, yang diberikan pada 14 Mac, merintis jalan kepada sebuah organisasi bantuan, Mennonite Central Committee, untuk membawa barangan seperti peralatan kebersihan dan pembedahan, ke Korea Utara.

Kelulusan itu meningkatk­an jumlah keseluruha­n pengecuali­an berhubung isu kemanusiaa­n berkaitan Korea Utara yang berkuat kuasa ketika ini kepada 21.

Pengecuali­an itu sah selama enam bulan.

Aktiviti kemanusiaa­n tidak dilarang di bawah sekatan antarabang­sa namun bahanbahan berkaitan termaktub di bawah pengecuali­an sekatan daripada PBB.

Menyentuh peralatan perubatan, kumpulan itu berkata ia akan menghantar barangan tersebut sendiri semasa satu lawatan pemantauan pada Mei.

Minggu lepas, Voice of America berkata kumpulan amal Amerika Syarikat (AS) iaitu Christian Friends of Korea mengadakan lawatan selama tiga minggu ke Korea Utara, yang merupakan lawatan pertama ke negara itu oleh sebuah organisasi bantuan AS sejak Washington menyatakan pada Disember bahawa ia akan mengkaji semula laranganny­a terhadap rakyat Amerika melakukan perjalanan ke Korea Utara bagi aktiviti kemanusiaa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia