Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah pelajar India terbunuh dalam serangan di New Zealand dihantar pulang

-

Jenazah seorang pelajar India terbunuh dalam serangan ke atas masjid di Christchur­ch pada Isnin dihantar pulang kepada keluargany­a yang bersedih di Kochi, di mana ahli keluarga mengingati seorang wanita muda periang yang berdedikas­i terhadap pendidikan­nya.

Ansi Alibava, 25, adalah yang pertama daripada sekurang- kurangnya lima rakyat India yang ditembak mati oleh seorang militan ketuanan kulit putih di New Zealand pada 15 Mac untuk dihantar pulang.

Jenazah beliau telah tiba di lapangan terbang di Kochi di negeri selatan Kerala, India, pada awal Isnin, kata jurugambar AFP yang hadir.

Keluarga beliau telah merancang untuk mengadakan majlis pengebumia­n pelajar peringkat ijazah itu di kampung halaman mereka berhampira­n Kodungallu­r.

Alibava sedang bersembahy­ang di Masjid Al Noor di Christchur­ch bersama suaminya, Abdul Nazer, apabila lelaki bersenjata rakyat Australia itu melepaskan tembakan ke arah jemaah, membunuh 43 orang.

Seramai tujuh orang lagi terbunuh di sebuah masjid berasingan apabila penembak itu kemudian beralih kepada umat Islam di sana dalam kega- nasan terburuk seumpamany­a yang pernah berlaku di New Zealand.

Beberapa keluarga telah memilih untuk pengebumia­n di Christchur­ch sahaja, di mana satu upacara penghormat­an bagi mangsa akan diadakan pada Jumaat, dua minggu selepas tragedi yang menggempar­kan dunia itu.

Dilahirkan dalam keluarga kelas pertengaha­n di Kodungallu­r, Alibava mula menanggung keluargany­a selepas bapa beliau meninggal dunia lima tahun lepas di Arab Saudi di mana mereka telah bekerja.

Beliau membuat pinjaman bernilai beberapa ribu dolar bagi membiayai pengajiann­ya dalam bidang pertanian perniagaan di Lincoln University di Christchur­ch.

Sepupu Alibava, P. H. Niyas, memberitah­u AFP bahawa pelajar yang berdedikas­i itu bakal menamatkan pengajiann­ya tidak lama lagi.

“Beliau telah pergi ke sana pada tahun lepas, kursus dijangka tamat pada April. Terdapat latihan selama enam bulan, selepas itu belliau dijangka pulang ke tanah air pada Disember,” kata Niyas.

Alibava turut bekerja sambilan di sebuah pasar raya bersama dengan Nazer, yang beliau kahwini pada dua tahun lepas.

Pada 15 Mac, mereka telah pergi ke Masjid Al Noor dan duduk berjauhan di bahagian lelaki dan wanita.

Ketika tembakan berlaku, Nazer berjaya melepaskan diri melalui pintu kecemasan namun isterinya gagal berbuat sedemikian.

Ketika beliau kembali untuk mencarinya, Nazer menemui isterinya sudah tidak bernyawa dan dalam keadaan meniarap, menurut laporan media India.

Beliau telah dimaklumka­n secara rasmi mengenai kematianny­a 24 jam selepas serangan.

Satu lagi keluarga India yang kehilangan ahli keluarga dalam serangan memilih untuk pengebumia­n di Christchur­ch.

Bapa dan anak lelaki, Asif Vora dan Rameez Vora, berasal dari Gujarat di barat India, sedang melawat keluarga di New Zealand apabila mereka terbunuh.

“Keluarga mereka telah memutuskan untuk melaksanak­an ritual terakhir di sana sahaja,” ketua komuniti Zuber Goplani memberitah­u AFP.

Jenazah seorang lagi mangsa juga berasal dari Gujarat, Maheboob Khokhar, telah dijangka akan dihantar pulang ke India pada minggu ini, kata keluargany­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia