Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar kedua dari sekolah tinggi Florida membunuh diri dalam seminggu

-

Pelajar kedua dari sekolah tinggi Florida di mana 17 orang ditembak mati pada 2018 telah membunuh diri dalam tempoh seminggu, lapor media Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Miami Herald melaporkan polis di Coral Springs memberitah­u akhbar bahawa seorang pelajar di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di kawasan berhampira­n Parkland telah meninggal dunia akibat “tindakan membunuh diri” pada Sabtu lepas.

Pelajar tersebut tidak dikenal pasti oleh polis namun Miami Herald menyatakan dia adalah seorang pelajar lelaki tahun kedua.

Polis Coral Springs tidak dapat segera dihubungi bagi mengesahka­n laporan tersebut.

Pada hujung minggu lepas Sydney Aiello, 19, yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Parkland dan menamatkan pengajian pada tahun lepas, telah membunuh diri dilaporkan akibat terlalu sedih dan “perasaan bersalah mangsa terselamat”.

Dua sahabat baik Aiello, Meadow Pollack dan Joaquin Oliver, adalah antara mangsa yang terkorban apabila seorang bekas pelajar Nikolas Cruz menyerang sekolah tersebut pada 14 Februari, 2018 dengan senjata api separa automatik, membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan.

Ibu bapa Aiello memberitah­u rangkaian berita tempatan CBS4 bahawa beliau telah menerima rawatan untuk PTSD dan mengalami tekanan akibat rasa bersalah kerana terselamat, apabila seseorang mangsa itu mempunyai obsesi kenapa dia terselamat, bukannya orang lain.

Selepas insiden tembakan, para pelajar Stoneman Douglas menjadi penentang keganasan senjata api di bawah slogan “March for Our Lives”, melobi bagi undang-undang kawalan senjata api yang lebih tegas dan menganjurk­an bantahan serta rali. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia